Mahkamah Persekutuan Dengar Rayuan Kerajaan Berhubung Kes Kassim Ahmad 22 Sept

kasim ahmadPUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan menetapkan 22 September ini untuk mendengar permohonan kerajaan dan tiga pihak lain untuk merayu terhadap keputusan melibatkan seorang bekas aktivis sosial dan politik.

Mereka memohon mengubah keputusan Mahkamah Rayuan bahawa penangkapan dan pendakwaan terhadap Dr Kassim Ahmad kerana dikatakan menghina Islam dan pihak berkuasa agama Islam adalah tidak sah dan terbatal.

Hakim Tan Sri Zaharah Ibrahim menetapkan tarikh itu apabila kes berkenaan dibawa bagi pengurusan kes hari ini.

Peguam Kanan Persekutuan Maisarah Juhari bertindak bagi pihak empat pemohon berkenaan iaitu kerajaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan ketua pendakwa syariah Wilayah Persekutuan ketika itu.

Kassim diwakili peguam Muhammad Faizal Faiz Mohd Hasani.

Pada 21 Disember 2015, panel Mahkamah Rayuan dianggotai para hakim Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Hasnah Mohammed Hashim memutuskan bahawa penangkapan dan pendakwaan terhadap Kassim adalah tidak sah dan terbatal serta bercanggah dengan undang-undang.

Panel hakim sebulat suara membenarkan rayuan Kassim terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk mendapatkan semakan kehakiman terhadap keputusan ketua pendakwa syariah Wilayah Persekutuan mendakwa beliau di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya.

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa penangkapan Kassim pada 26 Mac 2014 di rumahnya di Taman Kulim Perdana, Kulim, Kedah adalah menyalahi undang-undang kerana ia bercanggah dengan Enakmen Syariah Kedah.

Ong, yang membaca penghakiman itu, berkata Kassim dibawa ke Pulau Pinang sebelum seterusnya dibawa ke Kuala Lumpur untuk dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya.

“Fatwa itu (berkaitan tuduhan) hanya terpakai bagi umat Islam yang tinggal di Wilayah Persekutuan; tidak dapat dipertikai bahawa perayu (Kassim) adalah seorang penduduk Kedah. Oleh kerana dia tidak ditangkap di Wilayah Persekutuan, maka dia tidak terikat dengan fatwa berkenaan,” kata hakim itu.

Kassim, 82, meminta dibicarakan terhadap tiga tuduhan menghina Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama Islam di Mahkamah Tinggi Syariah pada 27 Mac 2014.

Perbicaraan kes itu belum dimulakan kerana menunggu keputusan permohonan kebenaran untuk merayu.

Pada 6 Januari 2015, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Kassim bagi mendapatkan semakan kehakiman untuk mencabar keputusan JAWI mendakwanya di Mahkamah Tinggi Syariah – BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s