Mat Sabu Hantar Mesej Kepada PKR : Ingat Pengorbanan Kami Dituduh ‘Anwarinas’

AIDCNews – 29/7/16 –Ketika perang mulut antara pimpinan DAP dan PKR panas di media sosial, Presiden PAN, Mohamad Sabu mengungkit semula isu gelaran ‘Anwarinas’ yang dilabel kepada kumpulannya ketika berada dalam PAS.

“Ketika di dalam PAS, sekumpulan pemimpin mereka diberi pelbagai gelaran hanya kerana cuba mempertahankan keutuhan Pakatan Rakyat pada setiap kali mesyuarat parti itu.

“Antara gelaran yang diberikan kepada adalah “Anwarinas”. Gelaran itu diberikan apabila kumpulan ini mempertahankan keputusan Pakatan Rakyat mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat memerintah.

“Namun sebahagian pemimpin PAS yang lain tidak menyukai keputusan ini. Lalu gelaran Anwarinas ini berkumandang setiap kali menjelang muktamar PAS. Paling parah Muktamar 2015, apabila sekumpulan yang mempertahan Pakatan Rakyat dan mempertahan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri menjadi mangsa sehingga berlaku rancangan penyingkiran kepada kumpulan ini sekaligus menguburkan muafakat Pakatan Rakyat.

“Lalu kumpulan yang disingkir ini mengambil tekad, menubuhkan sebuah parti baru iaitu AMANAH untuk terus mendokong kerjasama politik parti-parti pembangkang bagi kebaikan rakyat Malaysia sekarang dan akan datang. Kumpulan ini adalah termasuk saya dan pimpinan AMANAH yang lain. Maka Pakatan Harapan muncul,”kata Mohamad Sabu dalam satu kenyataan hari ini.

Laman pro PAN, Malaysia Dateline merumuskan kenyataan Mohamad Sabu yang lebih dikenali Mat Sabu itu bagi menjawab dakwaan segelintir pemimpin PKR yang mempertikaikan penubuhan Pakatan Harapan kerana masih menaruh kepercayaan terhadap PAS dan yakin Pakatan Rakyat boleh ‘diselamatkan’.

FMT pula berpendapat kenyataan Mat Sabu itu dipercayai ada kaitan dengan keengganan PKR menerima cadangan DAP memanggil Pilihan Raya Negeri di Pulau Pinang, sehingga wujud polemik secara terbuka di media sosial antara pimpinan PKR dan DAP.

Dalam kenyataan media itu, Mat Sabu juga memilih kosa kata ‘pengemis’ satu istilah yang dilemparkan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kepada Timbalan Pengerusi PAN Selangor, Saari Sungip.

“Kami bertekad untuk terus maju bersama Pakatan Harapan. Kami sedar AMANAH masih baru dan masih kecil tetapi kami berazam untuk berkerja kuat demi menempatkan parti ini dalam arena politik Malaysia tanpa mengemis atau meminta-minta.

“Kami akan pertahankan kewibawaan dan kekuatan solidariti bersama rakan-rakan dalam Pakatan Harapan,”katanya.

Mat Sabu juga turut memilih episod pengorbanan beliau ketika berjawatan Timbalan Presiden PAS bagi mempertahankan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding di Permatang Pauh.

“Rekod paling nyata apabila berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh akibat keputusan Mahkamah Tinggi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Maka kekekosongan itu telah diputuskan oleh PKR dan dipersetujui oleh Pakatan Rakyat pada waktu itu bahawa Datuk Seri Dr Wan Azizah akan bertanding.

“Ketika itu, sebahagian pimpinan PAS memboikot PRK tersebut. Malah Pemuda PAS membuat tunjuk perasan menentang pencalonan Wan Azizah dengan diberi perlindungan kepada mereka oleh pemimpin PAS.

“Kami pula turun berhempas pulas bagi memastikan Wan Azizah menang dengan jayanya.

“Pengorbanan ini bukan untuk diungkit, tetapi bagi mengorak sejarah bagaimana AMANAH akhirnya lahir dan berada di arena politik Malaysia,”katanya lagi.

PAN Punca PKR Tak Bersetuju Pilihan Raya Mengejut Di Pulau Pinang ?

langitbiru1

langitbiru

azizi safar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s