Negeri Sembilan Perangi Judi Siber Daripada Terus Merebak

AIDCNews – 29/7/16 – Kerajaan Negeri Sembilan mengambil langkah drastik bagi memerangi aktiviti judi siber di seluruh negeri ini berkuat kuasa serta merta.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata langkah drastik itu untuk memastikan ia dapat dibendung dan tidak merebak ke kawasan lain.

“Setakat ini ada daerah yang berleluasa (judi haram) seperti di bandar-bandar. Ada tiga daerah tidak ada langsung, tetapi kita tak nak perkara ini merebak.

“Itupun sudah menjadi masalah sosial. Ada orang bercerai berai, ansuran sewa rumah tak bayar, sewa rumah tak bayar, bil elektrik, bil air tak bayar (semua ini) menjadi masalah sosial.

“Bagi saya, kita mesti menangani isu ini lebih awal daripada terlambat, nanti susah. Orang tua-tua kata jangan sampai cacing naik ke mata,(apabila sudah) naik ke mata, ia menjadi buta,”katanya.

Kelmarin, kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan penguatkuasaan beberapa langkah drastik bagi memerangi aktiviti judi siber di seluruh negeri ini berkuat kuasa serta-merta.

Mohamad berkata langkah itu termasuk tidak membenarkan premis yang digunakan atau disewa untuk aktiviti haram menjalankan perniagaan dalam tempoh tiga tahun selepas dikenakan tindakan.

Katanya, bekalan elektrik dan air juga akan dipotong selain notis bertulis ‘premis judi’ akan ditampal di bangunan berkenaan.

Menurutnya, ketika ini bandar-bandar seperti Seremban, Nilai dan Port Dickson adalah kawasan yang dilaporkan kritikal dengan masalah judi siber.

Namun katanya isu itu bukan sahaja berlaku di Negeri Sembilan, malah berleluasa di seluruh negara sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai.

“Sekarang ini masyarakat dah mula resah dan gelisah seolah-olah pihak kerajaan, pihak berkuasa dan polis serta PBT tidak ambil tindakan sedangkan mereka bertindak,” katanya.

judi siber-NS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s