PAN Punca PKR Tak Bersetuju Pilihan Raya Mengejut Di Pulau Pinang ?

AIDCNews – 29/7/16 –Keengganan DAP untuk ‘merehatkan’ Parti Amanah Negara (PAN) dalam pilihan raya mengejut di Pulau Pinang dikatakan menjadi antara punca PKR masih enggan bersetuju dengan rancangan tersebut, dedah portal Malaysiakini.

Menurut sumber portal itu, PKR telah meletakkan beberapa syarat untuk pihaknya bersetuju dengan rancangan terbabit, walaupun sedar berisiko kehilangan beberapa kerusi jika pilihan raya itu diadakan.

“Demi menjaga keharmonian dalam hubungan antara PKR dan PAS, pimpinan utama PKR telah meminta DAP untuk ‘merehatkan’ AMANAH (PAN) dari bertanding di kerusi PAS pada pilihan raya negeri itu.

“AMANAH wajar direhatkan kerana masih ‘baru’ dan perlu lebih berusaha untuk menempatkan namanya dalam persada politik negara dengan memberi laluan kepada PAS,” jelasnya kepada Malaysiakini.

Semalam, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan, Pakatan Harapan mencari ‘kemenangan bersama’ jika kerajaan Pulau Pinang mengadakan pilihan raya mengejut.

Kata Menteri Besar Selangor itu, wujud pelbagai analisis dibuat mengenai cadangan berkenaan namun apa yang penting ialah selepas keputusan diambil, kejayaan dicapai atas nama Pakatan Harapan, selain hubungan dengan PAS.

“Kita telah belajar (daripada) pengalaman di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, dan sudah tentulah ianya memberi mesej.

“Rakyat beri mesej kepada semua parti-parti politik, justeru kita perlukan masa untuk berbincang mencari apakah pilihan terbaik di Pulau Pinang,” kata Azmin.

Keperluan menjalin hubungan baik dengan PAS juga penting bagi mengelak ‘tragedi’ pertandingan tiga penjuru di kerusi N21 Sungai Acheh semasa pilihan raya umum ke-13 kembali berulang.

Terdahulu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PAS bersedia untuk berhadapan dengan Pakatan Harapan sekiranya pilihan raya mengejut itu diadakan di Pulau Pinang.

“Ya sudah semestinya (menentang Pakatan Harapan). Kita tidak mempunyai pakatan dengan yang lain kecuali PKR,” ujar Takiyuddin.

Mengulas lanjut, sumber itu menambah, pada masa yang sama, PKR turut mahu DAP menyerahkan satu kerusi DUN di sebelah pulau sebagai ganti rugi jika PKR kalah di salah satu kerusinya di seberang.

Justeru, jelasnya, DAP perlu akur dengan syarat-syarat ini setelah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengakui tidak akan mengadakan pilihan raya mengejut tanpa persetujuan bersama parti-parti sekutu dalam Pakatan Harapan.

Selain itu, PKR juga harus berbincang dengan PAS untuk mengelak pertandingan tiga penjuru jika DAP bersetuju untuk tidak meletakkan calon PAN pada pilihan raya tersebut.

Pada Isnin lalu, Azmin secara tiba-tiba ‘menyerang’ Saari Sungip dengan menuduh Timbalan Pengerusi PAN Selangor itu sebagai pengemis jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Saari yang juga Adun Hulu Klang terkejut dengan ‘serangan’ Azmin itu dan tidak percaya ianya datang daripada Azmin selaku Timbalan Presiden PKR.

Namun, Azmin mempertahankan dakwaannya itu mengatakan Twitter yang menyerang PAN itu ditulisnya sendiri.

Walau bagaimanapun, Twitter berbentuk serangan peribadi itu kemudiannya dipadamkan setelah isu itu mula diperkatakan di media sosial.

Selain menyerang PAN di Twitter, Azmin juga turut bersedia meluangkan masa membuat ‘rakaman awal’ untuk portal Malaysiakini demi mempertahankan hujah-hujahnya mengapa beliau membuat serangan tersebut.

“Ini bukan mengenai pilihan saya atau pilihannya (Saari). Ia adalah pilihan yang dibuat oleh rakyat. Maka kita (kerajaan negeri) perlu terus bangunkan Selangor.

“Saya harap tak ada pihak cuba buat kenyataan renggangkan muafakat yang ada. Pada ketika itu (PRU-13) tak ada AMANAH, ada PAS.

“Kita pun (di Selangor) dah wujudkan Pakatan Harapan. Masih lagi kerjasama dengan PAS,” kata Azmin ketika ditemui selepas forum di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam.

Kolumnis Antarapos, Lokman Ramlee membuat telahan dengan bertanya adakah ‘kesungguhan’ Azmin menyerang PAN itu sebagai satu strategi untuk memancing PAS kembali semula ke pangkuan pakatan pembangkang.

“Haji Abdul Hadi sudahpun mengeluarkan amaran bahawa PAS akan meletakkan calon di semua kerusi jika PRN Pulau Pinang berlaku. Ini bererti PKR mungkin menghadapi pertandingan tiga penjuru – PKR, PAS dan UMNO.

“Azmin mungkin khuatir jika itu berlaku, pihak paling rugi dalam PRN berkenaan ialah PKR.

“Justeru dengan “merendahkan sedikit” taraf Saari dan Amanah sebagai mahu “mengemis’ kerusi exco, Azmin mungkin berharap ia boleh menjadi dalil pada PAS bahawa “PAS masih dekat di hatinya”.

“Semoga PAS berlembut hati tidak memecah undi PKR di Pulau Pinang dan mengizinkan UMNO menang besar yang akhirnya akan “merendahkan” lagi martabatnya di mata DAP dan rakyat,”katanya.

pkr bimbang

One thought on “PAN Punca PKR Tak Bersetuju Pilihan Raya Mengejut Di Pulau Pinang ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s