DAP Perlu Segerakan Pemilihan Parti, Bukan PRN – Nasrudin

1. Hasrat dan usaha DAP untuk mengadakan pilihanraya mengejut kononnya bagi mengukur tahap keyakinan orang awam terhadap Kerajaan Pulau Pinang teraju parti itu berikutan pertuduhan dan dakwaan salah guna kuasa dan rasuah yang dihadapi oleh Lim Guan Eng (LGE) dilihat sebagai memperjudikan proses demokrasi.

2. Mengakui bahawa institusi kehakiman mesti telus dan bebas dalam perbicaraan kes ini dan diberikan ruang sewajarnya untuk melaksanakan tugasnya dengan penuh integriti. LGE juga tidak wajar dipersalahkan sehinggalah dibuktikan sebaliknya.

3. Namun, orang awam juga tidak boleh diperalatkan dan diheret sama untuk menghakimi kes ini berasaskan kepada persepsi semata-mata dan sehingga menimbulkan prejudis pula terhadap institusi kehakiman dan keputusan yang dibuat olehnya.

4. Sekiranya benar DAP mahu mengukur tahap keyakinan terhadapnya, tindakan yang lebih berobjektif yang patut dilaksanakan oleh DAP ialah menyegerakan pemilihan parti; bukannya menangguhkan lagi proses itu. Keyakinan ahli-ahli parti terhadap parti sendiri adalah lebih utama untuk diukur dahulu.

5. Pilihan lain ialah dengan mengadakan pilihanraya itu selepas keputusan telah dibuat oleh mahkamah. Barulah rakyat dapat membuat keputusan berdasarkan sesuatu yang telah pasti. Sekiranya LGE didapati tidak bersalah, DAP pasti mendapat sokongan yang lebih padu daripada rakyat Pulau Pinang. Sekiranya LGE disahkan bersalah pula, rakyat Pulau Pinang terselamat daripada terus memberikan mandat pemerintahan kepada pemimpin dan parti yang tidak cekap, tidak berakauntabiliti dan tidak telus.

6. Hakikatnya, ketiadaan kata putus lagi berhubung pilihanraya ini bukanlah kerana menunggu konsensus parti komponen Pakatan Harapan (PH); sebaliknya ialah kerana DAP sendiri tidak meyakini keupayaan dirinya sendiri untuk berhadapan dengan pilihanraya itu. Sekurang-kurangnya dengan persetujuan daripada PKR dan PAN, tidaklah DAP boleh dipersalahkan berseorangan sekiranya keputusan tidak menyebelahi mereka.

7. Namun sekiranya pilihanraya diadakan pada bila-bila masa juga di negeri itu, Insyaallah PAS bersedia untuk bertanding.

Sekian.

“Inilah Penyelesaian Kita”

Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s