Isu Banglo : PKR Negeri Sembilan Saran Guan Eng Bercuti

AIDCNews – 30/7/16 –Seorang wakil PKR Negeri Sembilan menyarankan Lim Guan Eng bercuti daripada memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang sementara menunggu kes salah laku dan rasuah yang dihadapinya selesai di mahkamah.

Wakil PKR berkenaan, Azran dari Seremban bertanyakan soalan kepada Guan Eng kenapa beliau selaku penjawat awam tidak terlebih dahulu meminta pandangan daripada kerajaan negeri (bahagian perundangan) sebelum membeli lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town sebagai kediaman peribadinya.

“Saya nak tanya soalan kepada Tuan Guan Eng. Sebagai seorang penjawat awam.., mengapa beliau sebelum membeli rumah tersebut tidak meminta pandangan terlebih dahulu daripada kerajaan negeri tentang sensitiviti pembelian dan jual beli rumah itu..” soalnya.

Pada 30 Jun lalu, Guan Eng dihadapkan ke mahkamah kerana didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada ahli perniagaan Phang Li Koon dengan harga RM2.8 juta.

Sedangkan nilaian semasa hartanah itu adalah sebanyak RM4.27 juta yang mana tertuduh mengetahui bahawa Phang mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Guan Eng didakwa melakukan kesalahan itu di No 25 Jalan Pinhorn, George Town pada 28 Julai 2015.

Bagi pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, bekas pemilik banglo itu Phang Li Koon turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan Guan Eng bagi mendapatkan untuk diri Guan Eng lot tanah dan rumah itu di tempat dan tarikh sama.

Phang, 44, didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 165 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Menurut blog zmsegamat, sebaik sahaja DAP berjaya mengambil alih Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13), Guan Eng menolak untuk tingal di kediaman rasmi Ketua Menteri di Seri Teratai dengan alasan untuk berjimat cermat.

Guan Eng di kediaman rasmi Ketua Menteri Seri Teratai

Namun, Guan Eng tidak mengotakan janjinya apabila pada 26 Jun 2008, dia berpindah ke Seri Teratai untuk tinggal di kediaman rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Walau bagaimanapun, setahun selepas itu, Guan Eng berpindah lagi, kali ini menyewa di banglo No. 25, Jalan Pinhorn.

“Mula mula jadi Ketua Menteri, Guan Eng berkata akan tinggal di rumah milik keluarganya sebagai langkah berjimat cermat.

“Pada 26 Jun 2008, Guan Eng berpindah ke Seri Teratai. Gambar di atas menunjukkan Guan Eng sedang main bola di halaman rumahnya di Seri Teratai bersama dengan anak dan isterinya Betty Chew.

“Setahun selepas itu, Guan Eng tidak mahu tinggal di situ lagi. Guan Eng berpindah ke banglo yang lebih mewah di No. 25, Jalan Pinhorn. Guan Eng berpindah lagi.

“Katanya di Seri Teratai ada anai-anai, semut api dan musang. Maka berbelanjalah Guan Eng, ratusan ribu ringgit untuk kos pengubahsuaian banglo mewah di Jalan Pinhorn,” dedahnya.

Pada April 2014, Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid mempertikaikan sikap Guan Eng yang lebih selesa menyewa di banglo berbanding dengan tinggal di kediaman rasmi di Seri Teratai.

Menurutnya, sebagai pemimpin yang sentiasa melaung-luangkan prinsip cekap, akauntabiliti dan telus (CAT), Guan Eng perlu bertanggungjawab memperjelaskan status terkini kerja baik pulih yang dijalankan ke atas rumah kediaman rasmi kerajaan negeri itu.

Beliau berkata, kebiasaannya, kerja membaik pulih cuma mengambil masa antara satu hingga dua tahun dan tidak mungkin berlarutan sehingga lima tahun.

“Tak akan kot ambil masa sampai lima tahun. Guan Eng sudah dipilih sebagai ketua menteri bagi penggal kedua namun isu rumahnya belum selesai,” katanya kepada Sinar Harian.

Jahara berkata, alasan enggan berpindah kembali ke kediaman rasmi untuk satu tempoh yang lama kononnya banyak anai-anai dan musang adalah satu tindakan tidak wajar.

Jika masih dengan pendirian enggan berpindah ke rumah kediaman rasmi, Guan Eng perlu menjelaskan perancangannya dengan kediaman itu sama ada akan diserahkan kepada kakitangan kerajaan negeri atau agensi kerajaan untuk dijadikan rumah tetamu daripada dibiarkan kosong begitu sahaja.

“Rakyat pun nak tahu, apakah status atau perancangan ketua menteri dengan kediaman rasmi itu,” katanya.

Tambahnya, tindakan Guan Eng menyewa banglo adalah satu tindakan pembaziran wang rakyat.

“Tetapi dilihat secara kasar mana amalan CAT dipraktikkan. Dalam isu rumah ini, kerajaan negeri seolah-olah tidak cekap menyiapkan kerja penyelenggaraan, tidak telus untuk mendedah kontrak penyelanggaraan dan pengubahsuaian rumah sewa yang beliau masih tinggal serta membazirkan harta kerajaan.

“Kalau nak sangat tinggal di rumah banglo, beliau boleh mengubahsuai kediaman rasmi yang sedia ada agar menjadi lebih selesa dan mewah. Tak perlu sewa rumah dari orang perseorangan yang menimbulkan keraguan siapa pemilik rumah itu dan apa manfaat diperoleh dengan menyewanya kepada ketua menteri,” katanya.

Sinar Harian berusaha mendapatkan penjelasan Guan Eng mengenai isu tetapi tidak mendapat respon termasuk dengan menghantar pertanyaan secara bertulis.

Pada 3 Julai 2009, Guan Eng berpindah dari Seri Teratai ke sebuah banglo mewah di Jalan Pinhorn atas alasan mempunyai banyak semut api, anai-anai dan musang.

Pemindahan itu dilakukan dengan dengan alasan memberi laluan kepada pembaikan besar dan rawatan anai-anai oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Sebelum ini, sebuah akhbar mendakwa kediaman baharu Guan Eng itu hanya sebuah banglo biasa namun selepas proses pengubahsuaian, ia menjadi kediaman mewah.

Bagaimanapun, Guan Eng menafikannya dengan mendakwa kos pembaikan dan pengubahsuaian rumah sewa itu ditanggung oleh pemiliknya.

Sekitar Oktober 2015, Guan Eng membeli banglo itu daripada pemiliknya, Phang Li Koon dengan harga RM2.8 juta berbanding harga pasaran semasa melebihi RM5 juta.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s