Muhyiddin Simpati Kepada Anwar, Sokong Pembebasannya

muhyiddin-azizahAIDCNews – 30/7/16 –Bekas Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melahirkan simpati kepada Anwar Ibrahim dan menyokong pembebasannya dari penjara Sungai Buloh.

Muhyiddin turut mengimbau persahabatannya dengan Anwar sejak 18 tahun lalu, di mana dakwanya beliau merupakan satu-satunya menteri dalam kabinet yang melawat Anwar sebaik saja dipecat sebagai Timbalan perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada September 1998.

“Masa dia dipecat kerajaan, menteri yang jumpa beliau seorang-seorang ialah saya.

“Saya bersimpati, saya faham kerana saya tahu (keadaan Anwar). Yang penting sekarang soal kebajikan dan kesihatan (Anwar).

“Saya selalu tanya Kak Wan how is he (Anwar) doing,” katanya dalam sidang media pertama bersama presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan kepimpinan PKR lain di Subang Jaya hari ini.

Namun kata Muhyiddin, dalam situasi sekarang ini, amat sukar untuk membebaskan Anwar memandangkan dirinya tidak lagi berada dalam kerajaan.

“Ada pihak katakan boleh ke Anwar dibebaskan. Dalam persekitaran situasi politik sekarang saya tak dapat melihat itu boleh berlaku.

“Lepas pilihan raya mungkin dengan pendirian dengan PKR, kita dah duduk semeja jadi sebahagian rakan. Apa-apa pun keputusan kita kongsi bersama.

“Saya harap anda faham apa yang saya cuba katakan,” katanya.

Muhyiddin turut menepis khabar angin bahawa beliau akan mengambil alih jawatan Ketua Pembangkang, bagi mengantikan Wan Azizah.

“Dia (Wan Azizah) memang ketua pembangkang, “kata Muhyiddin yang merujuk kepada Wan Azizah yang berada di sininya.

Bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim Khamis lalu secara terbuka menggesa Muhyiddin untuk mengambil alih jawatan ‘ketua’ pembangkang dengan berkata Pakatan Harapan tidak mempunyai seorang pemimpin untuk menyatukan mereka.

Muhyiddin juga turut dilaporkan akan bergabung dengan PKR untuk memulakan siri jelajah seluruh negara bagi menjelaskan skandal 1MDB secara mudah kepada orang ramai.

Ditanya adakah dengan kerjasama ini bermakna beliau akan menyertai PKR, Muhyiddin berkata ia bukan satu isu dan beliau akan menyokong inisiatif PKR tanpa mengira parti mana yang bakal disertainya.

wan

wan1

hafiz

hafiz1

Advertisements

One thought on “Muhyiddin Simpati Kepada Anwar, Sokong Pembebasannya

  1. Tak kesah lah kalau Mahyuddin mahu menjatuhkan PM Najib ,kerana itu adalah kerja orang politik jatuh menjatuhkan satu sama lain,salah benar itu terserahlah pada mereka ,dosa pahala tanggung lah sendiri.Namun kita sebagai rakyat kena juga tahu pihak manakah yg mahu kita sokong,nak jadi orang tengah saja ,tak mungkin keran ianya melibatkan masa depan ugama ,bangsa dan negara.Oleh itu kita kena lah membuat penilaian.

    Bagi saya bila Mahyuddin menyatakan beliau bersimpati kepada Anwar ,ianya merupakan satu alasan kukuh mengapa saya tidak perlu memberi sokongan kepada Mahyuddin.Jelas sekali Mahyuddin telah memulakan langkahnya dgn langkah yg sumbang .Ini memang stail Pembangkang tulin ,bersimpati dgn penjenayah asalkan boleh mendapat sokongan.Dulu Mantan PM Mahahtir pun mengikut langkah ini,bila menunjukan simpati pada Sirul.Pembangkang memang sering kali kehadapan ,bila ada ‘penjenyah’ yg di dakwa,di buru atau di tumbangkan.

    Selama ini Mahyuddin tidak menyatakan dan tidak menunjukan simpati kepada Anwar ,tapi berbeza dgn sekarang bila suha bersama Pembangkang.Dari segi keadilan,Anwar memang sudah di jatuhkan hukuman,dan confimlah bersalah.Melaucukan Mahyuddin bersimpati kepada pesalah tapi tidak pula bersimpati kepada mangsa pesalah.Boleh kah kita percaya kepada individu begini?.Mungkin ada yg masih ragu berkaitan dgn proses keadilan terhadap Anwar kerana sering di momokan dgn momokan ‘konspirasi,tapi tidak bagi saya kerana saya mengenali 3 idividu utama yg di kaitkan dgn kes sodomi beliau , pernah bersemuka dgn mereka dan bercakap dari hati ke hati.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s