PRN : Cinta Palsu PKR & DAP Di Pulau Pinang

nation My Nation News – Bagai sarkis sebenarnya pergolakan antara DAP dan PKR mengenai pilihanraya tergempar yang mahu diadakan di Pulau Pinang sekaligus menggambarkan cinta palsu Pakatan Harapan.

Ahli Parlimen Tanjong dari DAP, Ng Wei Aik yang dipetik oleh akhbar berbahasa Cina, dilaporkan mendakwa DAP mampu mengekalkan semua kerusi di Pulau Pinang namun PKR bakal kehilangan beberapa kerusi berikutan prestasi kurang baik wakil rakyat mereka.

Dakwaan itu disambut Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dari PKR, Datuk Rashid Hasnon dengan berkata, kenyataan Wei Aik itu mengukuhkan lagi keputusan untuk tidak menyokong pilihanraya negeri yang mahu diadakan DAP itu.

Rabu lalu, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua turut menyindir PKR yang dianggapnya ‘kawan’ berikutan bantahan mereka untuk mengadakan pilihanraya di Pulau Pinang.

Ia menerima balasan daripada Penasihat Undang-Undang PKR, Latheefa Koya yang melahirkan kekecewaan terhadap Pua dan DAP yang tidak pernah berunding dengan PKR sebelum mencadangkan pilihanraya itu.

Sementara itu, satu lagi sekutu Pakatan Harapan, PAN melalui Presidennya, Mohammad Sabu masih berdiam diri mengenai pergolakan sarkis antara DAP dan PKR ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s