Muhyiddin Perlu Sertai Parti Dalam Pakatan Harapan – Guan Eng

AIDCNews – 1/8/16 –Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menyertai salah sebuah parti dalam Pakatan Harapan dalam usaha untuk menjadi calon perdana menteri dalam pembangkang.

“Beliau mesti menyertai Pakatan terlebih dahulu. Bagi kami, beliau mungkin menjadi pilihan Pakatan,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.

Spekulasi itu timbul selepas bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim berkata Muhyiddin mempunyai potensi untuk dilantik sebagai calon perdana menteri bagi pihak pembangkang apabila beliau dijangka menerajui kepimpinan parti baharu yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Guan Eng bagaimanapun berkata beliau tidak boleh membuat keputusan mengenai pencalonan Muhyiddin.

“Ia perlu dibincangkan di kalangan parti-parti pembangkang. Saya tidak mahu memberi pandangan saya, sehingga ada sesuatu yang pasti daripada Muhyiddin.

“Ini hanyalah spekulasi semata-mata pada masa ini. Kita tunggu sehingga ada sesuatu yang pasti,” katanya lagi.

Guan Eng berkata memandangkan Muhyiddin menyatakan bahawa Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan kekal sebagai ketua pembangkang, maka tidak akan ada sebarang perubahan pada masa sekarang.

Sementara itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan belum lagi mengemukakan permohonan penubuhan parti politik baharu kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), kata bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Anak kepada Dr Mahathir itu berkata “banyak perkara perlu fikirkan dulu” sebelum menghantar borang kepada ROS.

“Kita tunggu dan lihat dulu. Kalau dipersetujui rakan-rakan lain, Tun Mahathir akan menghantar sendiri borang itu kepada pihak ROS dalam jangka masa terdekat.

“Sehubungan itu, kami meminta ROS memberi pertimbangan sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana anjuran Kelab Che Det Malaysia.

Sebelum ini, Dr Mahathir mengumumkan bahawa beliau akan menubuhkan satu parti politik baharu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang.

Ditanya mengenai perbincangan dengan parti pembangkang lain dan juga badan-badan bukan kerajaan (NGO), Mukhriz berkata, ‘respons baik dan semua bersemangat’ menyokong pendaftaran parti baharu itu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s