Selamatkan SMKA Maahad Hamidiah : Mana Azmin Yang Prihatin Rakyat ?

louvreAIDCNews – 1/8/16 – Di mana Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang prihatin rakyat dalam usaha menyelamatkan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Hamidiah Kajang daripada diancam pembangunan projek mega kondominium The Louvre, soal Agos A.h.a

Persoalan itu dilontar ekoran keluhan Task Force ‘Selamatkan Maahad Hamidiah Kajang’ dan ibu bapa yang mengadu banner-banner bantahan (seperti di atas) projek mega The Lourve telah dicabut oleh konco-konco pemaju projek berkenaan.

“Cuba tanya, kenapa mereka berani? Mana menteri besar berjiwa rakyat yang bersungguh nak mempertahankan Islam?

“Mana Azmin Ali yang prihatin rakyat? Pemaju ni kuat sangat sampai tak takut MB? Ataupun pemaju tahu MB tidak akan buat apa?, soalnya.

“Sekolah Menengah Agama Maahad Hamidiah yang terletak di Bangi/Kajang sedang diancam oleh pembangunan sebuah kondo yang tidak wajar iaitu keselamatan pelajar dan trafik, keselesaan pengajian dan pembangunan ini telah melanggar banyak peraturan sedia ada yang ditetapkan oleh Majlis Perbandaran (Kajang) dan LLM (Lembaga Lebuhraya Malaysia).

“Aduan telah dibuat oleh pihak PIBG kepada Majlis Perbandaran juga polis, malahan MB Dato Seri Azmin Ali, Dato Seri Zahid Hamidi dan Tan Sri Noh Omar.

“Tapi projek yang pernah mendapat arahan stop work kini rancak berjalan. Tak tahu kat mana silapnya, sama ada di peringkat atasan Majlis Perbandaran Kajang atau political force.

“Pihak Task Force PIBG sekolah masih berusaha supaya projek ini dibatalkan demi kepentingan anak-anak sekolah. Kini isu ini menjadi isu yang lebih sensitif yang patut dilindungi,”lapor Task Force ‘Selamatkan Maahad Hamidiah Kajang’.

Pada 28 April 2015, Ketua pembangkang yang juga ADUN Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa walaupun SMKA Maahad Hamidiah bukan terletak di bawah DUN beliau, namun beliau turut prihatin isu-isu yang menyentuh rakyat.

Wan Azizah yang juga Presiden PKR mendakwa telah menghubungi Azmin selaku Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR.

“Namun, atas dasar pertanggungjawaban dan keprihatinan Kak Wan dalam isu-isu yang menyentuh rakyat, Selasa minggu lepas ada seorang bapa pelajar mengadu kepada Kak Wan.

“Setelah meneliti aduan beliau, Kak Wan menghubungi Dato’ Menteri Besar untuk tindakan selanjutnya. Kak Wan juga maklumkan hal ini kepada YDP MPKj.

“Alhamdulillah Dato’ MB telah mengarahkan ‘stop work order’,”dakwa Wan Azizah dalam Facebooknya.

Projek Kondominium The Lourve – Kajang Kaedah DAP Ubah Pola Pengundi Melayu-Islam

One thought on “Selamatkan SMKA Maahad Hamidiah : Mana Azmin Yang Prihatin Rakyat ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s