Sidang Media Guan Eng Batal PRN Tanpa Dua Timbalan Ketua Menteri

lge1AIDCNews – 1/8/16 – Sidang media Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika mengumumkan pembatalan Pilihan Raya Negeri (PRN) mengejut tanpa kehadiran dua Timbalan Ketua Menteri iaitu YB Mohd Rashid Hasnor (ADUN PKR Pantai Jerejak), Timbalan Ketua Menteri 1 dan YB Prof. Dr. P Ramasamy (ADUN DAP Perai), Timbalan Ketua Menteri 11.

Sebaliknya tempat kedua-dua Timbalan Ketua Menteri itu diganti oleh YB Chow Kon Yeow, Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir dan YB Jagdeep Singh Deo a/l Karpal Singh, Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan.

“48 jam selepas umum KY Chow sebagai pengganti Ketua Menteri…

“Sidang Media oleh Ketua Menteri Pulau Pinang tanpa dua orang Timbalan Ketua Menteri.

Set up sama macam kelmarin semasa pengumuman pembatalan cadangan snap polls oleh pimpinan DAP Pulau Pinang …,” dedah Azizi Safar dalam Facebooknya.

lge2

Pada Ahad, Guan Eng mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak berhasrat untuk meneruskan usaha pembubaran DUN bagi menjayakan PRN secara mengejut dilaksanakan.

“Berikutan perbezaan pendapat dengan PKR berhubung pilihan raya negeri, DAP tidak akan meneruskan cadangan untuk mengadakan pilihan raya negeri walaupun Amanah (Parti Amanah Negara) telah mempersetujuinya dengan DAP.

“Kami telah menyatakan bahawa DAP tidak akan membuat apa-apa keputusan secara sebelah pihak sebaliknya melalui persetujuan semua parti dalam Pakatan Harapan,” kata Guan Eng pada sidang akhbar di pejabatnya di Komtar, Ahad.

Pada Sabtu, Guan Eng mengumumkan Chow sebagai pengantinya bagi jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, sekiranya apa-apa yang bakal berlaku ke atas dirinya.

“Jadi jika apa-apa berlaku kepada saya, saya fikir keputusan muktamad akan diputuskan oleh parti tetapi Chow pasti menjadi pilihan semula jadi saya,” kata Guan Eng kepada pemberita selepas menghadiri Hari Terbuka Majlis Perbandaran Seberang Prai pada Sabtu.

One thought on “Sidang Media Guan Eng Batal PRN Tanpa Dua Timbalan Ketua Menteri

  1. Gigit puting je la 2 x timbalan tu….belum pe2 LGE buang daaa….cina tetap mau cina….tu pun ambik hati gak psl adik dia pun dok penrng daaa…melaka tarak mau ni generasi…..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s