Azmin Pelawa Parti Tun Mahathir & PAS Sertai ‘Gabungan Besar’

AIDCNews – 2/8/16 –Selepas berjaya menundukkan DAP untuk membatalkan Pilihan Raya Negeri (PRN) mengejut di Pulau Pinang, PKR mengorak langkah seterusnya membentuk pakatan baharu yang dinamakan ‘gabungan besar’ atau ‘grand coalition’

‘Gabungan besar’ merupakan satu gabungan di antara Pakatan Harapan (PH) dengan parti-parti pembangkang yang mempunyai matlamat sama untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

“Pakatan Harapan mengalu-alukan semua parti-parti politik yang berkongsi agenda pembaharuan dan harapan mereka untuk membentuk ‘gabungan besar’ untuk menentang BN pada pilihan raya umum akan datang,” Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini.

Jika sebelum ini Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah ditonjolkan sebagai jurucakap PH, namun untuk ‘gabungan besar’ itu, Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR pula menonjolkan diri.

Azmin berkata, PH bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana individu atau pihak, termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, jika mereka mempunyai matlamat sama mahu mengalahkan BN.

“Kami sentiasa mengambil pendirian secara inklusif dengan sebarang parti politik atau individu yang komited kepada agenda reformasi.

“Jika parti baharu menggariskan objektif yang jelas dan ia selari dengan dasar kami, kami pasti gembira untuk mengalu-alukan mereka untuk menjadi sebahagian daripada PH,” kata Menteri Besar Selangor kepada pemberita di luar DUN Selangor hari ini.

Menurut Malaysiakini, parti baharu itu dinamakan Barisan Rakyat yang diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden, manakala Tun Mahathir sebagai penasihat parti tersebut.

walad

Azmin juga tidak menolak kemungkinan besar PAS akan menjadi sebahagian daripada ‘gabungan besar’, tetapi berkata perkara itu akan dibincangkan lanjut dengan Parti Islam itu.

“Saya telah berkata, kami mengalu-alukan semua parti politik kerana musuh kita adalah UMNO dan BN. parti-parti politik lain, masyarakat awam dan individu, kita kembali ke meja rundingan dan melihat bagaimana boleh kita bekerja bersama-sama. Kita mesti berdasarkan dasar bersama dan rangka kerja “katanya.

Tambahnya, perbezaan pendapat di kalangan rakan-rakan gabungan adalah satu perkara yang “tidak dapat dielakkan”, tetapi perlu meletakkan fokus dalam agenda bersama untuk bergerak ke hadapan dan “menyelamatkan” Malaysia.

Walau bagaimanapun, Malaysiakini melaporkan setakat ini, PAS masih belum menyatakan pendirian sama ada akan menyertai gabungan berkenaan.

“Meskipun Timbalan presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini menyarankan agar pembangkang melakukan ‘genjatan senjata’ bagi menentang BN,”lapor portal itu.

One thought on “Azmin Pelawa Parti Tun Mahathir & PAS Sertai ‘Gabungan Besar’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s