DAP Kini ‘Caretaker’ Tanpa Kuasa – Gerakan

AIDCNews – 2/8/16 – Jika sebelum ini DAP dianggap ‘caretaker’ (pencatur) yang berpengaruh dalam pakatan pembangkang, namun selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan salah guna kuasa dan rasuah DAP menjadi ‘caretaker’ tanpa pengaruh.

Menurut Setiausaha Gerakan Pulau Pinang, Hng Chee Wey, kegagalan DAP mempengaruhi PKR turut membuktikan bahawa parti itu hanya sekadar pemerintah yang tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan.

“Kita nampak dalam Langkah Kajang, walaupun dalam Pakatan (rakan) mereka bantah tetapi mereka (PKR) tetap laksanakan.

“DAP berhasrat tinggi untuk laksanakan PRN mengejut ini tetapi tidak dapat persetujuan PKR, maka terpaksa untuk batalkan. DAP mungkin sudah kehilangan kuasa dalam PH, Jadi DAP sekarang hanyalah sebagai ‘caretaker’ saja tanpa kuasa,” katanya ketika dihubungi Antarapos.

Persoalan ‘caretaker’ merupakan isu penting dalam komuniti Cina kerana sebelum ini, DAP mendakwa kepada komuniti itu bahawa mereka merupakan pencatur pakatan pembangkang, walaupun atas kertas parti itu tidak dinamakan sebagai ‘ketua’.

Sementara itu, Naib pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong menyifatkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dipimpin oleh kumpulan penakut apabila DAP yang memiliki 19 kerusi di dewan undangan negeri (DUN) terpaksa akur kepada PKR yang memiliki 10 kerusi.

“DAP takut kepada PKR, walaupun mereka mempunyai kelebihan dari segi jumlah kerusi,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang mengambil keputusan untuk tidak meneruskan cadangannya membubarkan DUN Pulau Pinang bagi mengadakan pilihan raya mengejut selepas tidak mendapat sokongan rakannya dalam Pakatan, PKR.

Terdahulu Gerakan mengumum akan bertanding bagi 13 kerusi sekiranya pilihan raya negeri mengejut diadakan dan yakin akan mencatat prestasi lebih baik berbanding pada pilihan raya sebelum ini.

Idea mengadakan pilihan raya mengejut ditimbulkan DAP selepas Guan Eng dihadapkan ke mahkamah bagi dua tuduhan rasuah awal bulan ini, namun idea itu digugurkan sendiri olehnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s