Guan Eng Tidak Gembira Umum Pembatalan PRN, Kata Penganalsis Politik

AIDCNews – 2/8/16 – Penganalisis politik Khoo Kay Peng berkata berdasarkan sidang media Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada Ahad menunjukkan beliau tidak begitu gembira mengumumkan pembatalan Pilihan Raya Negeri (PRN) mengejut yang dirancang mahu diadakan di negeri itu.

Tambah Khoo, ia juga menunjukkan bahawa kepercayaan di antara parti-parti kompenan Pakatan Harapan (PH), terutamanya DAP dan PKR telah ‘lama hilang’.

“Mereka tidak bertindak sebagai satu perikatan. Berdasarkan sidang media oleh (Lim) Guan Eng, beliau jelas tidak gembira mengenainya, “Khoo kepada FMT.

Khoo membuat komen itu berdasarkan sidang media Guan Eng pada Ahad yang mengumumkan bahawa DAP telah membatalkan niat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang untuk membuka laluan kepada pilihan raya mengejut kerana bantahan PKR.

Guan Eng berkata keputusan itu telah dibuat kerana PKR, salah satu rakan kongsi Pakatan Harapan (PH) tidak memihak dengan keputusan itu, sedangkan PRN mengejut di Pulau Pinang hanya boleh dibuat selepas mendapat persetujuan ketiga-tiga parti PH.

“Berdasarkan sidang media itu sendiri, ini bukanlah petanda yang baik untuk PH. Kredibiliti dua parti ini (DAP dan PKR) sudah tercalar,”kata Khoo.

Jika DAP membuat keputusan untuk meneruskan PRN tanpa PKR, maka ianya bakal menjadi pengakhiran bagi PH, tambah Khoo lagi.

One thought on “Guan Eng Tidak Gembira Umum Pembatalan PRN, Kata Penganalsis Politik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s