Minta Kerusi : Guan Eng Atau Wan Azizah Yang Berbohong ?

GEORGETOWN – Cubaan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meletakkan kesalahan terhadap PKR berikutan keputusan untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri (PRN) mengejut telah memakan dirinya sendiri, kata Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang Teng Chang Yeow.

Beliau berkata, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah bercakap mengenainya dan menyatakan dengan jelas bahawa pembahagian kerusi bukanlah isu bagi PKR menentang pilihan raya mengejut itu.

“Hanya seorang sahaja yang telah bercakap bohong dalam Pakatan Harapan berhubung pilihan raya mengejut itu. Jawapannya jelas dan kami percaya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bercakap benar.

“Oleh itu, adakah Lim Guan Eng berbohong? Bolehkah beliau dan percakapannya dipercayai,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Dr Wan Azizah melahirkan rasa terkejut berhubung dakwaan DAP mengenai isu pembahagian kerusi dan beliau berkata isu itu telah diselesaikan hasil perbincangan antara kedua-dua sekutu itu.

Ahad lepas, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, mengumumkan DAP tidak meneruskan hasrat mengadakan PRN lebih awal berikutan kegagalan untuk mendapatkan kata sepakat dan persetujuan daripada sekutunya.

Rakan DAP dalam pakatan itu, Parti Amanah Negara menyokong cadangan pilihan raya mengejut itu.

Chang Yeow yang juga Pengerusi Gerakan Pulau Pinang berkata Lim akan menyalahkan yang lain terutama Barisan Nasional setiap kali beliau mempunyai peluang, untuk menonjolkan dirinya.

Beliau juga membidas kenyataan Guan Eng bahawa Umno dan Gerakan Pulau Pinang tidak dapat mencapai kata sepakat mengenai isu-isu tertentu termasuk cadangan supaya persidangan khas Dewan Undangan Negeri diadakan untuk meluluskan undi tidak percaya terhadap ketua menteri.

“Gerakan Pulau Pinang tidak terikat kepada Umno Pulau Pinang, tidak seperti DAP. Episod pilihan raya mengejut ini membuktikan DAP tunduk kepada PKR walaupun memiliki jumlah kerusi terbanyak di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Betong Muhamad Farid Saad berkata wakil BN akan berbincang secara mendalam mengenai usul undi tidak percaya itu.

Beliau berkata Ketua Pembangkang Dun Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid akan membuat kenyataan mengenai perkara itu selepas pulang dari luar negara. – BERNAMA

Advertisements

One thought on “Minta Kerusi : Guan Eng Atau Wan Azizah Yang Berbohong ?

  1. Dua2 kaki belit….citer pun tk guna…..baik korg bantu je org2 susah dn segala bantuan kerajaan pusat jgn ada kronisme….klu dok fikir 2-3 parti belit, pe pun tk jd…bg semua adun bn, bantu rakyat…tu yg penting…jgn ikut rentak pembangkang yg tk abis2 berpolitik….

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s