Wan Azizah Terkejut Dengan Alasan Guan Eng Batalkan PRN Mengejut Pulau Pinang

AIDCNews – 2/8/16 – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengaku terkejut dengan alasan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membatalkan cadangan untuk mengadakan pilihanraya negeri (PRN) mengejut di negeri itu.

“Huh (reaksi terkejut), sebenarnya benda ini sudah selesai. Kami akan teruskan sahaja seperti biasa. Saya faham apa yang telah dilakukan Ketua Menteri Pulau Pinang (Guan Eng).

“Perhubungan dalam Pakatan Harapan akan terus dihargai termasuk pada masa-masa akan datang, yang penting masalah ini sudah selesai sekarang,” katanya kepada pemberita di Bangunan Annex SUK Selangor, semalam.

Wan Azizah berkata demikian ketika menjawab ketika ditanya pemberita bahawa PKR telah meminta satu atau dua’ kerusi DAP di kawasan pengundi majoriti Cina sebagai syarat untuk bersetuju PRN mengejut di negeri itu.

Sebelum ini, Guan Eng dalam sidang media pada Ahad mendakwa alasan PRN mengejut di negeri itu tidak diteruskan kerana tidak bersetuju dengan permintaan PKR yang menuntut satu atau dua kerusi yang sebelum ini milik PKR.

Sumber memaklumkan PKR menuntut kerusi di kawasan pulau yang merupakan pengundi majoriti Cina kerana bimbang parti itu akan tewas di kawasan majoriti pengundi Melayu dan campuran.

“Memang kami faham bahawa PKR menghadapi risiko kehilangan kerusi lebih daripada DAP.

“Apa-apa pilihan raya kita semua menghadapi risiko hilang kerusi ataupun tambah kerusi. Tapi PKR rasa risiko mereka lebih tinggi. Ini memang kita faham tentang keresahan mereka.

“Mereka (PKR) ada buat cadangan bahawa DAP memberikan satu atau dua kerusi yang sedia ada di Pulau Pinang diberikan kepada PKR untuk menjadikan syor PRN Pulau Pinang lebih mudah dipersetujui oleh PKR.

“Kami (DAP) dengan tegas menyatakan (perkara) ini tidak boleh dipersetujui,”kata Guan Eng.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s