Apa Cerita Parti Politik Baharu Tun M?

Parti politik baharu sudah lama diumumkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) namun sampai sekarang masih belum ditubuhkan lagi.

Ramai beranggapan sejak ia diumumkan oleh Tun M, senarai pimpinannya sudah ditentukan atau proses pendaftarannya sudah bermula.

Namun ia sepi tanpa berita.

Yang ada senarai palsu pimpinan Parti Melayu Baru Bersatu yang menjadi viral tetapi ia dinafikan sama sekali oleh pihak empunya diri baru-baru ini.

Kalau ada pun, status semalam oleh penyokong Tun M, Anina Saadudin yang memuatnaik status sesiapa berminat mahu menyertai parti baharu itu boleh memberikannya maklumat diri.

Ia menurut Anina untuk proses pra pendaftaran.

Semalam, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd. Puad Zarkashi ada teorinya sendiri kenapa parti baharu tajaan Tun M menjadi lewat didaftarkan.

Salah satunya, dakwanya, Tun M bimbang tidak ada pemimpin sasarannya akan bersama-sama beliau dalam parti berkenaan.

Lebih-lebih lagi dalam keadaan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat lebih gemar bersama PKR daripada menyertai parti baharu itu.

Bagi bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal juga dikatakan enggan menyertai parti baharu kerana tidak ada jaminan ia mempunyai ramai ahli lagi.

Mohd. Puad yang juga Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) itu memberitahu, alasan demi alasan dibuat oleh bukan sahaja Tun M dan anaknya, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berhubung penubuhan parti baharu itu apabila memberi amaran kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) untuk tidak menyekat hasrat bapanya menubuhkan.

“Ini jelas menunjukkan bahawa beliau sedang mencari alasan mengapa sehingga kini mereka masih belum menghantar permohonan tersebut.

“Pada saya, Tun M sebenarnya jadi tidak pasti sama ada partinya bakal mendapat sambutan atau pun tidak, terutama apabila Muhyiddin Yassin menunjukkan minat terhadap PKR yang sudah mempunyai penyokongnya tersendiri,” jelasnya.

Baru-baru ini Muhyiddin mengadakan sidang media bersama pimpinan PKR dan bersetuju terlibat dalam road show ke kawasan luar bandar bersama PKR.

Ia secara tidak langsung mengiyakan dakwaan jumlah sejuta orang yang menandatangani Deklarasi Rakyat sebelum ini adalah palsu, kata Mohd. Puad.

Menurutnya, jika bilangan itu sahih tidak ada masalah parti berkenaan sudah ditubuhkan kerana automatik parti itu ada keahliaan.

Apa pun, sebagai bos JASA, Mohd. Puad mungkin ada sumber-sumber sahih yang boleh dipercayai dalam isu berkenaan parti baharu tajaan Tun M.

Lagi pun, apa perlu mahu tunggu lama-lama dalam keadaan gendang pilihan raya umum boleh dipalu bila-bila masa sahaja daripada sekarang?

Walaupun ramai sebelum itu mempertikaikan kenapa ada parti politik baharu sedangkan negara baru sahaja melihat penubuhan Parti Amanah Negara dan Parti Ikatan Malaysia.–MalaysiaGazette

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s