Betulkah Ustaz Hadi Dapat Jawatan Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia Sebab Anwar ?

ustaz hadiAIDCNews – 3/8/16 –Betulkah Anwar Ibrahim yang mencadangkan kepada Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradawi supaya melantik Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, soal Hanisya Abdul Hamid.

“Betul ke Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS mendapat jawatan sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia atas sepertimana dihebohkan oleh beberapa pentaksub dan pengkagum Anwar Ibrahim tahap dewa atas sokongan, cadangan dan rekomendasi kuat dari Anwar Ibrahim.

“Tanpa pengaruh dan rekomendasi kuat Anwar Ibrahim jangan harap Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dipilih sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia.

“Betul ke apa yang didedahkan ini,”soalnya dalam Facebook.

Hanisya yang turut dikenali sebagai Omak Kau bertanya jika betul, kenapa Anwar sendiri tidak membuat pengakuan itu, sebaliknya hanya membiarkan pengikut-pengikutnya sahaja mensensasikan berita tersebut.

“Bagi Omaklah .. seandainya perkara ini betul dan benar .. Anwar Ibrahim yang cukup tersohor seantaro dunia jenis suka petik nama-nama para pemimpin ulung dunia terutamanya dari dunia Islam serta jasa-jasanya semasa dalam kerajaan dulu sudah pasti dia lama dok sebut dah!!!!!

“Sampai sekarang langsung tidak berbunyi pun.

“Saifuddin Nasution Ismail dan Rafizi Ramli pun tidak langsung bersuara memberikan pengakuan dan pengesahan.

“Kalau terlampau obses dan kagum sangat pun .. janganlah sampai mengeluarkan kenyataan yang sampai dijadikan bahan ketawa dan kutukan,”katanya lagi.

komen
komen1
komen2
komen3
komen4
komen5

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s