‘Boleh Kerjasama Tapi Terima Konsep Islam,’ Presiden PAS Jawab Pelawaan Azmin

KUALA LUMPUR – PAS boleh bersama dan bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk bukan Islam tetapi dengan syarat menerima konsep Islam memimpin dan memerintah negara ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS juga boleh berpisah dengan mana-mana pihak yang tidak menghormati ‘sempadan itu’ walaupun betapa hebat cabarannya.

“Adapun bertahaluf dengan pihak lain dengan berjanji seperti kenyataan seorang bukan Islam kepada Rasulullah S.A.W (Aku tidak mahu menganut Islam), tetapi aku berjanji tidak menentang mu dan tidak bersama dengan kaum yang menentang mu),” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Abdul Hadi berkata, PAS menjadikan Rasulullah S.A.W sebagai contoh apabila mencapai kemenangan yang sangat berbeza dengan pihak yang menjadikan kemenangannya untuk melepaskan geram dan membalas dendam.

Justeru, katanya, ahli PAS yang tidak bertahan dalam menghadapi gelombang politik beristiqamah bersama konsep Islam pasti akan keluar atau dikeluarkan daripada parti itu.

“Sebabnya kerana ahli PAS yang setia mahukan kemenangan janji Allah. Kemenangan yang dijanjikan ini hanya kepada sesiapa yang beristiqamah mengatasi segala yang lain. Dinyatakan dalam bai’ah dan perjuangan secara amali oleh ahli jemaah Islam,” katanya.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali baru-baru ini membayangkan kononnya PAS akan kembali bekerjasama dengan pakatan pembangkang yang didominasi oleh DAP.

PAS disingkirkan daripada pakatan pembangkang oleh DAP dan PKR pada tahun lalu kerana enggan tunduk dalam beberapa isu membabitkan akidah Islam yang dikhuatiri boleh menjejaskan sokongan bukan Islam.

DAP dan PKR kemudian menubuhkan Pakatan Harapan yang turut dianggotai Parti Amanah Negara (PAN).

PAN diwujudkan oleh beberapa bekas pemimpin PAS yang bertindak keluar parti kerana terlalu taksub kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar dihukum penjara lima tahun oleh mahkamah kerana didapati salah meliwat seorang pemuda iaitu pembantu peribadinya – My Newshub

Azmin Pelawa Parti Tun Mahathir & PAS Sertai ‘Gabungan Besar’

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s