Tukang Sebat Sudah Ada Untuk Laksana Hukuman Syariah – TMB Kelantan

AIDCNews – 3/8/16 – Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, tukang sebat terlatih sudah ada bagi melaksanakan hukuman syariah terhadap kesalahan umat Islam meminum arak.

“Sudah ada. Rotan pun sudah ada. Tukang sebat pun sudah ada. Penjara yang sama tetapi tukang sebat yang berbeza, sebab kaedah sebatan dalam Islam tidak sama dengan kaedah sivil.

“Hukuman sebat syariah ini sebenarnya sudah dijalankan. Bukan hanya di Kelantan. Di Pahang, dulu ingat lagi kes Kartika dijatuhkan hukuman sebat kerana minum arak. Makna sudah dibuat, cuma hukuman sebat itu dengan rotan sahaja, sedangkan mengikut pandangan ulama fekah berdasarkan hadis Nabi (Muhamad SAW) dan Al Quran, hukuman sebat itu lebih daripada itu lagi,”katanya.

Pada tahun 2010. seorang bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, telah dijatuhi hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas didapati bersalah minum arak di khalayak ramai di sebuah resort di Cherating, Pahang.

Pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika telah dibantah keras oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Anwar semasa berucap di Woodrow Wilson International Center, Washington DC pada 24 Jun 2010 menolak keputusan mahkamah syariah untuk menjatuhkan hukuman sebat ke atas Kartika itu.

“Saya tahu mereka yang kaya dan terkenal, dimaaf minum arak di hotel mewah. Tetapi dalam kes gadis miskin tersebut, mereka merotannya.

“Adakah ini yang mahu dipertahankan oleh agama? Di manakah ulama? Di manakah cendekiawan Islam?” kata Anwar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s