Azmin Cuba Sembunyikan Sesuatu Daripada Diketahui Rakyat Selangor – Johan

AIDCNews – 4/8/16 – Memendekkan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang sepatutnya, dua minggu kepada hanya dua hari memperlihatkan seperti Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali cuba menyembunyikan sesuatu agar tidak diketahui rakyat negeri itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz melahirkan kehairanan kenapa kerajaan negeri menangguhkan sidang DUN kepada dua hari sahaja, sedangkan banyak perkara yang perlu dibahas untuk kepentingan rakyat Selangor.

“Mungkin terlampau banyak isu dalaman (dalam kerajaan negeri), saya lihat dalam masa sidang DUN dua hari itu pun ADUN-ADUN mereka (sendiri) mengambil kesempatan menegur dan menasihat Menteri Besar (Azmin Ali) supaya menambah baik cara tadbir urus kerajaan negeri.

“Saya lihat (teguran itu) menampakkan (lagi kesilapan) tadbir urus kerajaan negeri, apabila ADUN mereka sendiri menegur dalam Dewan secara terbuka.

“Mereka lihat isu dalaman cukup banyak. Isu dalaman, isu dalaman lah tapi isu rakyat (sepatutnya) harus diutamakan,” katanya ketika dihubungi Selangor Post.

Jelasnya Johan, mutakhir ini, semakin ramai ADUN-ADUN Kerajaan Selangor sendiri yang mula mencurigai cara tadbir urus kepimpinan Azmin selaku Menteri Besar Selangor.

“Cara tadbir urus (Azmin), bukan lagi di kalangan pembangkang, (tetapi) sudah (wujud unsur) hilang kepercayaan di kalangan ADUN mereka (sendiri).

“Kalau ADUN-ADUN Pakatan Rakyat (pun) mula mempertikaikan tadbir urus kerajaan negeri, itu sudah menampakkan (secara jelas bahawa berlakunya) kepincangan tadbir urus (pimpinan Azmin),”katanya lagi.

hani

One thought on “Azmin Cuba Sembunyikan Sesuatu Daripada Diketahui Rakyat Selangor – Johan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s