Apa Kepentingan Azmin & Elizabeth Di Sebalik Penukaran Status Lot Tanah 68054 ?

eli1Captain M – 1. Semasa kes ini didedahkan 26 Julai lalu Elizabeth menafikan status pertukaran tanah dari Pertanian kepada kategori Bangunan Kediaman.

2. Orang tanya Lot 68054 Mukim Tanjong Dua Belas, Kuala Langat milik Salak Land Development Sdn Bhd terletak dalam kawasan Paya Indah Wetlands dulu status pertanian. 4 MB Selangor tidak luluskan pertukaran status tanah di kawasan itu.

3. Fakta jelas 26 Febuari 2014 , Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) melalui mesyuarat 8/2014 MMKN telah menolak permohonan Salak Land Development Sdn Bhd untuk menukar tanah tersebut dari status pertanian kepada kormersial dan alasan yang direkodkan ialah kerana kawasan tersebut terletak dalam kawasan Paya Indah Wetlands.

4. Carian Pejabat Tanah dan Galian Selangor jelas merekodkan status tanah Lot 68054 telah bertukar dari kategori pertanian kepada bangunan. Dan pemiliknya juga sudah bertukar dari Salak Land Development Sdn Bhd kepada Syarikat Gamuda Berhad.

5. Orang bertanya. Mengapa luluskan pertukaran status tanah itu? Tan Sri Abdul Khalid semasa MB juga telah menolak permohonan mengubah dan meminda syarat nyata di bawah Seksyen 124 (1)(a) dan (c) Kanun Tanah Negara daripada pertanian kepada bangunan kediaman kerana kawasan tersebut terletak di dalam Paya Indah Wetland. Semua MB mahu mengekalkan kawasan tersebut kawasan hijau.

6. Apa perlunya Elizabeth menjawab buat masa ini tidak berlaku sebarang pengezonan gunaan tanah di lot 4827 dan 3974 milik Paya Indah Wetlands? Orang bertanya adalah LOT 68054! bukan tanah lain.

7. Sepatutnya kalau Elizabeth dan Azmin Ali hendak jawab, dia harus menjawab soalan jika kerajaan negeri Selangor tidak berniat untuk pelengkungan semula kawasan tanah Payah Indah Wetlands mengapa lot tanah persendirian 68054 boleh ditukar status kepada pembangunan sedangkan laporan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sebelum ini MENOLAK KERANA BERADA TERLETAK DALAM KAWASAN PAYA INDAH WETLAND!

8. Bukankah telah jelas dalam memorandum persefahaman di antara Kerajaan Persekutuan yang diwakili oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PerHiLiTaN), Kementerian Sumber asli dan alam Sekitar dengan Kerajaan Negeri Selangor Darul ehsan mengenai pengurusan dan pentadbiran pemuliharaan Paya Indah Wetlands yang telah ditandatangani pada 1 Ogos, 2007? Memorandum ini berkuatkuasa selama tempoh 30 tahun.
http://www.wildlife.gov.my/…/pen…/laporan_tahunan/lt2007.pdf

9. Baru 10 tahun memorandum persefahaman itu, Azmin Ali mencipta rekod sebagai Menteri Besar yang meluluskan pertukaran status tanah di kawasan Paya Indah Wetlands itu. Apakah Azmin Ali lakukan kerana pemilik tanah itu ialah Gamuda Berhad?

10. Jadi kepentingan apa yang Azmin Ali dan Elizabeth pertahankan? mereka berdua jelas berbohong. Apakah selepas ini dengan lulusnya perubahan status tanah itu maka projek perumahan ratusan juta akan diluluskan oleh MB Selangor di Lot tanah 68054 di kawasan Paya Indah Wetlands itu?

Tidak mungkin Gamuda Berhad membeli tanah berharga RM 784 juta dari Salak Land Development semata-mata untuk disimpan!

lot tanah

gamuda

2 thoughts on “Apa Kepentingan Azmin & Elizabeth Di Sebalik Penukaran Status Lot Tanah 68054 ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s