Khairuddin Hilang Kepercayaan Terhadap Kepimpinan Muhyiddin ?

Gelombang AnakMuda – Sebelum ini Khairuddin Abu Hassan tak pernah lekang mengusung cerita ura-ura penubuhan parti baru yang akan diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri dengan matlamat nak menumbangkan UMNO dan BN.

Dari tahun lalu hingga bulan Julai lepas, berita nak tubuh parti baru itulah yang sering dijaja Khairuddin menunjukkan kesungguhannya bersama-sama Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin dalam menentang UMNO.

Tiba-tiba hari ini bila Muhyiddin Yassin khabarnya baru nak menghantar borang permohonan untuk tubuh parti alih-alih di hari ini juga Khairuddin buat kenyataan takkan menyertai parti yang berketuakan Muhyiddin.

“Saya tidak bercadang dan tidak berminat untuk menyertai parti baharu yang bakal dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin kelak,” itu pengakuan yang datang terus dari mulut Khairuddin seperti dilaporkan banyak portal berita.

Apa sudah jadi? Saja nak buat gimik atau sebenarnya memang sengaja nak memalukan Muhyiddin? Atau sebab tak dapat tawaran jawatan yang mengiurkan?

Kalau nak buat gimik bukan ini caranya, sebabnya bila Khairuddin kata tak minat sertai parti dipimpin Muhyiddin, itu menggambarkan ketidakyakinannya kepada kepimpinan Muhyiddin dalam parti baru itu kelak.

Ikut logiknya parti baru berketuakan Muhyiddin ini patutnya dah dapat restu Dr Mahathir. Tak mungkin Muhyiddin berani langgar Dr Mahathir dengan sengaja mendahulukan penubuhan parti baru tanpa restu orang tua itu.

Lagi pun Muhyiddin dah jelaskan tugasnya selaku Presiden parti baru akan dibantu (dikawal?) oleh Dr Mahathir yang akan menjawat kedudukan sebagai Pengerusi parti atau dalam bahasa mudahnya Dr Mahathir jadi penasihat berkuasa besar ala-ala Ketua Umum PKR yang dipegang Anwar Ibrahim.

Sekarang bila Khairuddin sendiri selaku macai paling setia kepada Dr Mahathir tak sanggup nak menyertai parti tersebut, mana Muhyiddin nak letak muka?

Malu besar Muhyiddin, bila orang paling dipercayai Dr Mahathir jadi orang pertama umum takkan sertai parti baru tersebut. Macam sengaja umum hilang kepercayaan dan keyakinan pula. Ini bukan setakat memalukan Muhyiddin, ini juga satu bentuk penderhakaan terhadap Dr Mahathir.

Siang malam Khairuddin memekik pasal nak tubuh parti baru, alih-alih bila tiba nak tubuh parti dia umum tak nak sertai pula. Orang pertama usung cerita nak tubuh parti baru, orang pertama umum takkan sertai parti tersebut. Lawak spastik apakah ini?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s