Penasihat SUARAM Tidak Setuju Parti Baharu Tun M Jadi Komponen Keempat Pakatan Harapan

kuaAIDCNews – 5/8/16 – Penasihat kumpulan hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Kua Kia Soong tidak bersetuju parti baharu Tun Dr Mahathir Mohamed dijadikan kompenan keempat Pakatan Harapan.

Kua turut mengkritik sesetengah pemimpin Pakatan Harapan dan masyarakat sivil yang terpesona dengan kemunculan parti baharu itu dan mengalu-alukannya menyertai gabungan pakatan besar pembangkang.

“Bolehkah mana-mana pemimpin masyarakat sivil atau pemimpin politik yang mendukung agenda reformasi progresif menerima sebuah parti politik yang hanya terbuka kepada bumiputera?

“Adakah mereka mula kehilangan akal semata-mata kerana Mahathir lantang mahu menyingkirkan Najib?

“Lebih baik mereka sedar cepat atau berdepan kemungkinan kehilangan kredibiliti…,” katanya dalam satu kenyataan media.

Kua yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa Ops Lalang ketika pemerintahan Mahathir , berkata tidak ada keraguan bahawa bekas perdana menteri itu masih terperangkap dengan ideologi perkauman.

Tegasnya, kewujudan parti-parti politik berasaskan perkauman sudah ketinggalan zaman.

“Di mana dalam dunia hari ini seseorang boleh menjumpai parti politik yang terhad kepada hanya satu kaum?” soalnya, sambil menambah bahawa masanya telah tiba untuk penyelesaian bukan perkauman bagi menghadapi cabaran Malaysia.

Sementara itu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menafikan beliau mempunyai masalah dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai punca tidak mahu menyertai parti baharu pimpinan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

“Saya tidak pernah berbalah dengan Tan Sri Muhyiddin. Saya dengan dia baik. Ini pendirian saya.

“Saya pun heran, kenapa bila saya ambil pendekatan ini (tidak mahu menyertai parti baharu), ramai orang dok tekan saya, tanya kenapa tak nak masuk parti baharu.

“Tapi saya ada alasan saya yang tersendiri,”katanya.

khairuddin

One thought on “Penasihat SUARAM Tidak Setuju Parti Baharu Tun M Jadi Komponen Keempat Pakatan Harapan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s