Perbincangan Siapa Ketua Menteri Pulau Pinang Pasca Lim Guan Eng – Chow

AIDCNews – 5/8/16 –Pengerusi DAP Pulau Pinang, YB Chow Kon Yeow mengakui memang ada perbincangan di kalangan inner circe DAP siapa bakal Ketua Menteri Pulau Pinang selepas Lim Guan Eng dihukum bersalah atas dakwaan salah guna kuasa dan rasuah.

“Di atas premis Guan Eng didapati bersalah, seseorang yang bersedia untuk mengambil alih (jawatan Ketua Menteri) dan berdepan dengan cabaran sama ada boleh menang pilihan raya tanpa Guan Eng untuk mentadbir kerajaan negeri.

“Ini adalah cabaran terbesar kepada penganti Guan Eng, kalau bukan saya (yang menggantikan Guan Eng), ada orang lain lagi pun menghadapi cabaran yang sama,”kata Chow ketika diwawancara Malaysiakini.

Ketika ditanya lanjut apakah maksud cabaran yang bakal dihadapi DAP pasca Guan Eng itu, Chow berkata ia berkaitan dengan hubungan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan Kerajaan Pusat.

“Pertamanya, hubungan kerajaan negeri dan kerajaan pusat sama ada kita boleh teruskan berkaitan dengan pembangunan projek..

“Selebihnya, berkaitan dengan hubungan pemimpin negeri dan pusat dengan meletakkan kepentingan negara yang pertama, memastikan kerajaan negeri Pulau Pinang tidak dianaktirikan oleh kerajaan pusat,”katanya.

Chow turut menyentuh mengenai masa depan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) adakah masih boleh mengulangi kejayaan Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.

“Keduanya, (cabaran) Pakatan Harapan, sama ada kita boleh mendapat sokongan kuat atau dapat majoriti hanya beberapa kerusi yang tidak membawa stabiliti (Pakatan Harapan) sepertimana yang kita kecapi kejayaannya pada masa lepas, lapan tahun lepas (semasa Pakatan Rakyat).

“Ketika itu (lapan tahun lepas) kita mendapat sokongan kuat, tanpa rasa takut menghadapi isu berkaitan undi percaya atau tidak percaya terhadap pemimpin,”katanya lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s