P Ramasamy Kritik Tun Mahathir Sebab Sebut ‘Keling’

AIDCNews – 6/8/16 –Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II P Ramasamy mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menyebut perkataan “keling” yang dianggap menghina kaum India.

“Ia adalah mengecewakan bahawa ia datang dari seorang lelaki yang mengasaskan parti baharu. Adakah anda fikir kaum India di Malaysia akan menyokong beliau apabila dia melakukan perkara-perkara seperti ini?

“Bagaimanapun, dia tidak peduli tentang kaum India dan kaum India tidak pedulikannya,” kata P Ramasamy kepada Malaysiakini.

P Ramasamy juga turut melabel Tun Mahathir sebagai lelaki tua yang tidak memiliki kebijaksanaan.

“Siapa kata dengan usia datang kebijaksanaan? Mahathir mungkin mempunyai pengalaman politik bertahun-tahun tetapi dia tidak punya kebijaksanaan.

“Sebagai bekas perdana menteri dia harus tahu bahawa perkataan ‘keling’ adalah menghina dan memperleceh kaum India di negara ini.

“Walaupun dia merasa tersinggung dengan Najib, dia tidak sepatutnya menggunakan perkataan ‘keling’ dalam kata-kata beliau,” katanya.

Advertisements

3 thoughts on “P Ramasamy Kritik Tun Mahathir Sebab Sebut ‘Keling’

  1. Astaghfirullah !!!
    Begitulah sikap manusia yang sering mencari kesalahan orang lain. Dia lupa bila dia sendiri menghina orang atau agama lain dan menganggap bahawa perbuatannya sentiasa betul tanpa mahu mengakui kebebalan dirinya .
    Masih segar bagaimana dia dengan angkuh menghina seorang pendakwah Islam yang datang ke negara ini dengan gelaran tidak sepatutnya. Kenapa dia beranggapan bahawa dirinya saja yang layak untuk menghina orang lain sedangkan orang lain tanpa perlakuan seperti yang dilakukannya telah dianggap menghina pula ?
    Dia lupa malah tidak peduli dengan orang Melayu / Islam maka kerana itu adalah wajar untuk Melayu / Islam lupa malah tidak pedulikan dia sebagai seorang lelaki yang bergelar Timbalan Ketua Menteri !

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s