Pakatan Harapan Perlu Hadapi Realiti Pertandingan Tiga Penjuru – Chow

AIDCNews – 6/8/16 – Pakatan Harapan perlu menghadapi realiti pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum akan datang, dan bukan berusaha mahu mengelakkannya kata Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Chow berkata keadaan pada masa lalu, DAP tidak mengetuai kerajaan negeri dan menjalinkan hubungan dengan PAS.

Namun, hari ini, DAP telah mengetuai kerajaan negeri dan hubungan dengan PAS telah putus, justeru DAP dan Pakatan Harapan perlu menerima realiti bahawa pertembungan pelbagai penjuru dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) tidak dapat dielakkan, kata Chow.

Bagaimanapun, Chow tidak terganggu dengan kebimbangan parti sekutu DAP iaitu PKR dan PAN berkenaan kerusi majoriti campuran dan Melayu, tanpa kehadiran PAS dalam Pakatan Harapan.

“Kadang-kadang kami menang kerusi itu, kadang-kadang kita kalah, tetapi pihak ketiga juga terkorban dalam proses itu,” kata Chow, dalam satu wawancara eksklusif dengan Malaysiakini di pejabatnya di tingkat 52 Komtar Pulau Pinang.

langit biru

Sebelum ini Malaysiakini membuka forum YOURSAY untuk mendapatkan pandangan pembaca berkenaan ketakutan PKR untuk menyokong Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang disebabkan faktor PAS yang menyumbang kepada pertandingan tiga penjuru.

Rata-rata pandangan pembaca yang majoritinya bukan Melayu mempunyai pendapat yang bercampur baur, ada yang bersetuju DAP menjalinkan semula hubungan dengan PAS dan juga yang mengkritik PKR kerana tidak memiliki kekuatan sendiri untuk menghadapi pertandingan tiga penjuru.

jebon
jebon1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s