PRU 14 : PAN Tetap Mahu Bertanding Semua Kerusi PAS Di Selangor – Izham Hashim

AIDCNews – 6/8/16 –Parti Amanah Negara (PAN) Selangor menegaskan akan tetap bertanding di semua kerusi yang ditandingi PAS di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14), kata Pengerusi PAN negeri, Izham Hashim.

“Selagi status sekarang ini tiga parti (dalam Pakatan Harapan) maka selagi itu kerusi yang kita akan bertanding adalah kerusi mana PAS bertanding.

“Itu adalah keputusan Amanah kecuali ada perubahan barisan pembangkang. Tapi kalau setakat hari ini tiada perubahan, itulah dia.

“Kita tidak tahu lepas ini bagaimana. Sekiranya PAS putuskan untuk menyertai Pakatan Harapan, kami kena bincang semula bersama tiga komponen yang ada sebab dia parti mendatang, baru nak masuk (Pakatan Harapan),” katanya kepada Antarapos.

Izham berkata demikian mengulas mengenai dakwaan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman yang berkata rata-ratanya wakil rakyat DAP dan PKR enggan melepaskan kerusi masing-masing untuk diserahkan kepada PAN.

“Kami dah jemput PAS masuk (sertai Pakatan Harapan) tapi dia tak nak masuk. Jadi apa yang dia (Dr Rani) sibuk tentang kerusi.

“Lagipun (Datuk Seri) Hadi sudah cakap akan bertanding di semua kerusi termasuk kerusi DAP, jadi PAS tidak ada ikatan dengan kita.

“Jadi PKR akan bertanding di kerusi mereka. DAP akan bertanding di kerusi mereka, jadi yang tinggal kerusi PAS yang kami ganti dalam Pakatan Harapan. Jadi kerusi (PAS) kami akan bertanding,”kata Izham lagi.

Izham pernah membuat kenyataan sama pada Februari lalu bahawa PAN bersedia bertanding di semua kawasan PAS pada PRU 14.

Menurutnya lagi, PKR khususnya melalui Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ada hak untuk membuat rundingan dengan PAS, namun segala keputusan itu bukan terletak di tangan Azmin kerana beliau juga terikat dengan perjanjian bersama Pakatan Harapan.

“PKR kata minta bincang dengan PAS untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru, (Amanah Selangor) tidak ada masalah, tapi apa-apa keputusan PKR kena bawa masuk dalam mesyuarat PH untuk dibincangkan bersama DAP dan Amanah.

“Sebab kita memang sudah tandatangan perjanjian bersama. Jadi PKR boleh bincang apa pun dengan PAS tapi akhirnya keputusan mesti dibawa ke Majlis Presiden Pakatan Harapan dimana Amanah adalah anggotanya. PAS tidak jadi anggota dalam gabungan. Persetujuan mesti dicapai di situ,” ujarnya lagi.

Dr Rani ketika ditemu bual Antarapos berkata PAN tidak ada dalam peta politik Selangor ketika Pakatan Rakyat (PR), gabungan DAP, PKR dan PAS menawan Selangor pada PRU 2008.

“Saya selalu sebut sejarah tidak pernah berbohong. Sejarah membuktikan bahawa 2008, Selangor kita menang atas tiket PAS, PKR dan DAP.

“Begitu juga 2013, kita menang atas tiket PAS, DAP dan PKR. Amanah belum pun wujud masa itu, parti itu baru ditubuhkan tahun lepas sahaja,” katanya.

PAN Dakwa Mewakili Pakatan Harapan Bertanding Semua Kerusi PAS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s