Ada Rahsia Besar Azmin Sembunyikan Di Sebalik Lot Tanah 68054

az0Captain M – 1. Dalam siri pendedahan media satu perkara sama ada CheGuBARD tidak ketengahkan atau Elizabeth dan Azmin Ali MB sembunyikan. Tiada siapa yang berani menyebutnya. Sesuatu yang “RAKYAT INGIN TAHU”.

2. Penafian Elizabeth Exco dan Azmin Ali MB hanyalah satu taktik politik. Ada sesuatu yang lebih besar dirahsiakan.

3. Mengapa Azmin Ali luluskan pertukaran status tanah itu? 4 MB Selangor termasuk Tan Sri Abdul Khalid telah menolak permohonan mengubah dan meminda syarat nyata di bawah Seksyen 124 (1)(a) dan (c) Kanun Tanah Negara daripada pertanian kepada bangunan kediaman kerana kawasan tersebut terletak di dalam Paya Indah Wetland. Semua MB mahu mengekalkan kawasan tersebut kawasan hijau.

4. Pengezonan semula Paya Indah Wetland dalam Rancangan Tempatan Kuala Langat (Pengubahan 3) di buat semula khas untuk GAMUDA BERHAD?

5. 20 Ogos 2014, Investor Central yang berpusat di Singapura membuat “‪#‎survey‬” berhubung pembelian tanah Salak Land berharga RM784.3 juta oleh GAMUDA. Adakah berbaloi dan sepadan dengan nilai? soalan paling panas ialah “Apakah akan berlaku jika Gamuda tidak mendapat kebenaran untuk menukar status tanah pertanian kepada pembangunan bercampur?

Apakah jawapannya soalan -soalan di atas?

4 Ogos 2014:
– Gamuda Berhad mengumumkan membeli tanah Salak Land Development Sdn Bhd milik Dato’ Tan Leong Min dan semua kepentingan dalam syarikat itu bernilai RM 784.3 juta. Salak Land kini adalah anak syarikat dalam Gamuda Berhad. Media massa melaporkan pembelian ini pada 5 Ogos 2014. [http://www.thestar.com.my/…/gamuda-to-buy-land-owner-the-c…/].

26 Febuari 2014:
– Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) melalui mesyuarat 8/2014 MMKN telah menolak permohonan Salak Land Development Sdn Bhd untuk menukar tanah tersebut dari status pertanian kepada kormersial dan alasan yang direkodkan ialah kerana kawasan tersebut terletak dalam kawasan Paya Indah Wetlands.

9 September 2014:
– GAMUDA mendaftar tanah di Pejabat Tanah dan Galian Selangor atas nama GAMUDA BERHAD

5 Disember 2014:
– Gamuda Berhad menjual 40% kepentingannya dalam Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash) kepada Kerajaan Negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor menawarkan RM250.6 juta. Harga ini masih dalam perundingan. Gamuda ada bertemu dengan Azmin Ali bagi menyelesaikan penjualan ini. [http://www.thestar.com.my/…/gamuda-splash-worth-at-least-r…/]. Laporan ini turut menyebut tanah di Mukim Tanjong Duabelas.

24 Januari 2015:
– Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 3/2015 mengesahkan Pengubahan Rancangan Tempatan Kuala Langat (Pengubahan 3) 2020. Pindaan Sebahagian Zoning Guna Tanah dalam RT Kuala Langat. Tapak BPK 1.15 Paya Indah Wetland dan Hutan Simpan Kuala Langat Utara sebagai kawasan ‪#‎Perumahan‬.

9 Februari 2015:
– Majlis Daerah Kuala Langat mengesahkan tiada halangan untuk sebagaimana MMKN 3/2015. Penukaran status tanah Pertanian kepada Bangunan Kediaman. – sebelum itu 6 Februari 2015 tidak menyokong cadangan ini.

17 Februari 2015:
– Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh Azmin Ali MB meluluskan pertukaran status selepas Pengezonan semula itu.

6 April 2015:
– YAB Azmin Ali MB terus bekerjasama dengan Kumpulan Gamuda. Azmin Ali merasmikan Pusat Pemborong GM Klang bersama Pengarah Urusan Gamuda GM Klang Sdn Bhd, Datuk Lim Seng Kok. Gamuda mahu menjadi pemborong antarabangsa sehenti terbesar dan komprehensif di Malaysia sekali gus menjadikan Klang, Selangor sebagai sebuah pusat perdagangan serantau. [ http://www.sinarharian.com.my/…/gm-klang-sasar-laluan-luar-…]

25 Mei 2016:
– Ditengah kemelut penjualan saham SPLASH kepada kerajaan Negeri dan pertukaran status tanah Lot 68054, YAB Dato’ Seri Azmin Ali mengambil peluang untuk Kerajaan Selangor bekerjasama dengan Gamuda Land membina 714 unit rumah mampu milik menerusi Rumah Selangorku di Jade Hills, Kajang. GDV RM1.3bilion.

9 April 2016:
Pejabat Tanah dan Galian Selangor meluluskan pertukaran nama Geran Lot tanah 68504 kepada GAMUDA BERHAD.
________________

6. Apa seterusnya? Apa lagi antara Azmin Ali dan Gamuda? adakah sedikit demi sedikit terdedah kerana Lot 68504 ini? Adalah jelas Rancangan Tempatan Kuala Langat 2020 pindaan sebahagian zoning Guna Tanah terlebih dahulu untuk kawasan Paya Indah Wetland dan Hutan Simpan Kuala Langat Utara sebagai kawasan #Perumahan dibuat atas keperluan Gamuda.

7. Ada situasi “win win” antara Azmin Ali dan Gamuda. Maka tidak hairanlah jika Lot tanah 68504 yang dulunya status pertanian boleh ditukar kepada bangunan kediaman. Itulah hebatnya GAMUDA BERHAD. Mereka ada kuasa wang dan ada sesuatu untuk memberi tekanan kepada Azmin Ali MB Selangor. Jika tidak, mana mungkin Gamuda berani membeli tanah RM784.3 juta itu. Selangorkini 5-12 Ogos melaporkan sehingga kini urusan SPLASH masih terus dalam perundingan belum selesai sepenuhnya.

az

Advertisements

2 thoughts on “Ada Rahsia Besar Azmin Sembunyikan Di Sebalik Lot Tanah 68054

  1. Kalau boleh ‘makan’, ini lah masanya nk buat kenduri. Azmin dah lama tunggu peluang begini. Dari 2008 hinggalah ke 2015. Semoga Azmin berjaya. Sama ada berjaya utk terus kaut, atau berjaya menginap di homestay Sg Buloh. Kita tunggu jelahhh

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s