Boleh Bekerja Bersama Chow Jika Dilantik Ketua Menteri – Rashid

GEORGE TOWN- Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Rashid Hasnon berkata beliau boleh bekerja bersama Chow Kon Yeow jika pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri itu dilantik sebagai ketua menteri Pulau Pinang.

Rashid, yang juga Timbalan Pengerusi PKR negeri berkata beliau telah mengenali Chow sejak 1998, semasa kedua-dua mereka memulakan kerjaya dalam politik.

Baru-baru ini Chow dinamakan sebagai “pilihan sesuai” untuk menggantikan Lim Guan Eng sebagai ketua menteri sekiranya berlaku apa-apa ke atas Lim.

“Kami telah melalui banyak perkara bersama-sama, dan jika beliau dipilih sebagai ketua menteri, saya tiada masalah untuk bekerja dengannya,” katanya kepada pemberita semasa ditemui pada persidangan Maqasid Syariah di sini hari ini.

Rashid berkata walaupun pilihan raya negeri tidak jadi diadakan, hubungan antara PKR dan DAP di negeri ini masih baik dan keputusan PKR untuk menolak cadangan DAP bagi diadakan pilihan raya negeri dibuat selepas beberapa mesyuarat oleh pemimpin tertinggi kedua-dua parti.

Mengadakan pilihan raya negeri merupakan antara dua pilihan yang dicadangkan, dengan satu lagi adalah menunggu sehingga pilihan raya umum akan datang yang mesti diadakan sebelum Ogos 2018, sebagai respons terhadap dua pertuduhan rasuah dihadapi Lim -BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s