Guan Eng Masih Bangkitkan Isu Jambatan Ketiga Meskipun Rundingan Ditutup

lge-faAIDCNews – 8/8/16 –Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng masih membangkitkan isu jambatan ketiga di negeri itu meskipun Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadilah Yussof perbincangan mengenai projek itu telah ditutup.

Guan Eng dalam kenyataan pada Ahad berkata Kerajaan Pulau Pinang berjanji untuk mematuhi semua peraturan jika kerajaan persekutuan memberi persetujuan bagi cadangan pembinaan jambatan ketiga tersebut.

Beliau berkata jambatan ketiga adalah projek multi bilion kerana ia melibatkan pembinaan utama dan kawasan yang luas.

Menurutnya lagi, pada masa ini, kerajaan negeri membiayai kos kajian kemungkinan membabitkan RM305 juta yang dijadual siap awal tahun depan.

“Kita tahu penyelidikan perlu dijalankan seperti kesan penilaian alam sekitar (EIA) dan sebagainya.

“Oleh kerana ia bukan murah, kami berharap Kerajaan Persekutuan akan bersetuju pada dasarnya supaya sumber kami tidak membazir,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Hari Hepatitis di Gurney Paragon pada Ahad.

Kementerian Kerja Raya dalam kenyataannya pada Sabtu menganggap isu pembinaan jambatan Pulau Pinang ketiga dan tiga jalan iringan seperti yang dicadangkan kerajaan Pulau Pinang sudah ditutup berikutan ketiadaan dokumen sokongan mengenainya yang dikemukakan kepada kementerian itu.

Menteri berkenaan, Fadillah Yusof, juga menegaskan bahawa beliau tidak ingin terlibat dengan politik kenyataan akhbar ‘ping-pong’ yang tidak diperlukan berhubung projek yang dicadangkan itu.

“Saya adalah Menteri Kerja Raya dan saya berada di sini untuk bekerja demi manfaat semua, termasuk Pulau Pinang – bukan untuk melibatkan diri dengan politik kenyataan akhbar ping-pong.

“Saya anggap perkara ini sudah ditutup, tetapi akan melihatnya kembali sebaik sahaja Kerajaan Pulau Pinang sedia bekerjasama dan laporan yang diperlukan dikemukakan tahun depan seperti yang dijanjikan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng,” katanya.

Dalam kenyataan bertarikh 4 Ogos, Fadillah mengingatkan Lim bahawa sebarang projek infrastruktur besar untuk pengangkutan, khususnya yang merentasi laut, tidak boleh wujud secara bersendirian dan akan mempunyai kesan terhadap aliran trafik di sekitar jalan sedia ada atau jalan yang dirancang serta laluan laut.

Beliau berkata kementerian itu akan dianggap mengabaikan tanggungjawabnya sekiranya ia meluluskan sesuatu projek yang boleh memberi kesan negatif kepada lalu lintas di kawasan sekitar atau menimbulkan kesulitan di pelabuhan berdekatan.

Menurut beliau, kementerian itu juga ingin melihat laporan kajian kemungkinan dan reka bentuk yang memerlukan kerajaan Pulau Pinang menanggung kos hingga RM305 juta.

“Adalah tidak logik sekiranya kementerian saya meluluskan sesuatu projek infrastruktur besar melibatkan kos berbilion ringit hanya berdasarkan surat setebal dua halaman, tanpa menerima sebarang dokumen sokongan, unjuran penjajaran laluan dan aliran trafik,” katanya.

Fadillah berkata kerajaan Pulau Pinang mengesahkan bahawa kajian kemungkinan dan reka bentuk terperinci mengenai tiga jalan iringan berkenaan telah 100 peratus siap, manakala laporan mengenai terowong pula sudah 83 peratus siap.

“Kementerian kami mengemukakan permintaan sebanyak lima kali dalam tempoh tiga bulan lepas agar mereka mengemukakan dokumen itu bagi menyokong permohonan mereka, tetapi mereka berulang kali enggan berbuat demikian,” katanya.

Fadillah juga berkata kementerian itu menganggap permohonan untuk membina jambatan Pulau Pinang ketiga tidak lagi bersifat mendesak berikutan kelewatan dalam memulakan pembinaannya.

“YB Lim memberitahu akhbar minggu lepas bahawa beliau telah mengemukakan laporan itu, tapi sekarang, apa yang mengejutkan ialah beliau berkata beliau hanya boleh mengemukakannya menjelang awal tahun depan,” kata Fadillah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s