Laporan Sarawak Report Adalah Fitnah – Timbalan Presiden PAS

Nampaknya agenda untuk terus-menerus mengaitkan PAS dengan Umno terus berlaku.

Hari ini, Sarawak Report berbohong kononnya pimpinan tertinggi PAS menerima RM9o juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tidak pasti apa matlamat fitnah laporan Sarawak Report ini selain hendak menggaitkan PAS dengan Umno.

Apapun, PAS akan mengambil tindakan undang-undang ke atas laporan tersebut yang mempunyai niat jahat dan mencemar nama baik parti dan dasar Islam yang menjadi teras kepada perjuangan PAS.

PAS ingin menegaskan bahawa berita tersebut adalah palsu dan berniat jahat.

Tindakan menfitnah PAS ini menjejaskan dengan teruk kepercayaan orang ramai kepada semua laporan mereka selama ini.

Selaras dengan sabda Rasulullah SAW bermaksud, “Sesungguhnya fitnah itu sedang tidur, Allah melaknat sesiapa yang mengejutkannya” – saya menggesa agar orang ramai agar menjauhi fitnah dan elak menyebarkan sebarang berita yang berbentuk fitnah, terutamanya laporan Sarawak Report terbaru ini.

Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
8 Ogos 2016

One thought on “Laporan Sarawak Report Adalah Fitnah – Timbalan Presiden PAS

  1. Serawak Report tersilap langkah bila mengeluarkan lapuran ini.Sebelum ini mungkin ada ahli Pas yg termakan dgn apa yg di lapurkan oleh SR mengenai 1MDB dan PM Najib,tapi selpas ini mungkin mereka akan berubah fikiran dan mula menyedari bahawa SR adalah kaki fitnah.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s