DAP Kecewa PAS Tidak Pilih Calon DAP Sebagai Speker DUN Perak

dap1AIDCNews – 9/8/16 – DAP melahirkan kekecewaan apabila tidak menyokong calon DAP, V Sivakumar sebagai calon speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini, sebaliknya Parti Islam itu memilih pendekatan berkecuali dengan tidak mengundi.

Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Wong Kah Woh berkata, apa yang berlaku memaparkan “sikap sebenar PAS dalam pendirian politiknya”, yang didakwa hanya akan memenangkan BN dalam pilihan raya.

Katanya, sejak 2013, komposisi BN-pembangkang dalam DUN Perak adalah 31-28 dan jika PAS bersatu bersama pembangkang, ia mampu memberi cabaran kuat kepada BN.

“Walaupun pada hari ini PAS tidak berada di dalam Pakatan Harapan, tetapi sekurang-kurangnya pada namanya ia suatu parti pembangkang.

“Akan tetapi, PAS telah memilih suatu pendirian berkecuali yang pada hakikatnya membantu calon BN untuk memenangi pemilihan speaker dewan negeri Perak dengan lebih mudah,”katanya kepada Malaysiakini.

Pada pemilihan Speaker DUN Perak hari ini, calon DAP, yang juga ADUN Tronoh, V Sivakumar tewas kepada calon BN, S Thangeswary.

V Sivakumar (berbaju hitam) calon Speaker DUN Perak dari DAP
S Thangeswary yang juga bekas Ketua Wanita MIC Perak dipilih sebagai speaker baharu menggantikan Datuk Seri SK Devamany yang meletak jawatan susulan dilantik menjadi timbalan menteri apabila beliau mendapat
30 undi berbanding calon DAP V Sivakumar, 24 undi.

Kedudukan kerusi dalam DUN Perak adalah; BN (31), DAP (18), PKR (5), PAN (1) dan PAS (4)

Empat wakil rakyat PAS dilaporkan portal itu telah mengambil sikap berkecuali dalam pengundian hari ini.

Wong turut mengutuk sikap PAS yang didakwanya sebagai “degil” dan boleh mewujudkan pertembungan tiga penjuru dalam pilihan raya umum akan datang.

V Sivakumar merupakan Speaker DUN Perak ketika Kerajaan Negeri Perak di bawah Pakatan yang berusia 11 bulan
“PAS pada hari ini jelas lebih cenderung dan berhasrat untuk menerima pendamaian yang dihulurkan oleh Umno dalam Mesyuarat Agung Umno bulan Disember yang lepas,” katanya.

DAPSY juga turut menyelar sikap PAS yang bimbangkan campur tangan asing setelah Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat (AS) mengumumkan akan menyita kira-kira RM1 bilion aset berkaitan 1MDB.

“Saya juga mencadangkan bahawa Pakatan Harapan atau mana-mana komponen parti, dari mana-mana peringkat, tidak perlu lagi untuk mengadakan apa-apa perbincangan sama ada secara rasmi ataupun tidak rasmi, sekiranya ada, pada masa hadapan dengan PAS untuk mana-mana isu.

“Sudah sampai masa supaya PAS balik ke dukungan Umno secara rasminya, katanya dalam kenyataan dari Ipoh.

dap3

One thought on “DAP Kecewa PAS Tidak Pilih Calon DAP Sebagai Speker DUN Perak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s