Iskandar Kecam Dakwaan PAS Terima RM90 Juta Dari Najib

AIDCNews – 9/8/16 – PAS Selangor mengecam tuduhan Sarawak Report yang mendakwa pemimpin PAS menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Pesuruhjayanya Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, perkara itu cuma khabar angin yang sengaja disebarkan untuk merosakkan reputasi PAS.

“Khabar angin yang kami yakin diwujudkan oleh mereka yang berniat jahat untuk memburukkan PAS.

“Kami juga yakin rakyat akan menolak dakwaan ini kerana ia adalah tidak lebih dari sembang-sembang kedai kopi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, dakwaan yang dibuat oleh Sarawak Report bukan berdasarkan fakta atau bukti tetapi hanya berdasarkan “kecurigaan yang meluas”.

“Jika “sembang-sembang kedai kopi” boleh dianggap sebagai bukti yang kukuh maka masyarakat akan menjadi huru-hara,”katanya lagi.

iskandar1
iskandar

salman

2 thoughts on “Iskandar Kecam Dakwaan PAS Terima RM90 Juta Dari Najib

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s