Nizar Tegur PAS Sebab Ambil Sikap Berkecuali Pemilihan Speaker DUN Perak

Nizar (kiri) blogger alhusseyn (tengah-sedang minum air) dan ADUN PAS Titi Serong, Ustaz Abu Bakar
AIDCNews – 9/8/16 – Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin menegur sikap empat ADUN PAS yang mengambil sikap berkecuali dalam pemilihan Speaker DUN Perak hari ini.

Nizar yang juga Timbalan Pengerusi PAN Perak membuat teguran itu kepada ADUN PAS Titi Serong, Ustaz Abu Bakar, ketika mereka sedang menikmati juadah makanan selepas selesai urusan pemilihan Speaker tersebut.

“Mana boleh macam itu… PAS kena tegas pendiriannya menentang kezaliman, tidak boleh berkecuali…” tegas DS Nizar yang diceritakan oleh blogger pro PAN, alhusseyn yang turut berada di meja makan itu.

Nizar membuat komen itu bagi menjawab kenyataan Ustaz Abu Bakar yang mengesahkan bahawa empat ADUN PAS mengambil sikap berkecuali dalam pemilihan Speaker DUN Perak hari ini.

Blogger alhusseyn menambah perbualan Nizar dan Ustaz Abu Bakar turut disaksikan oleh rakannya yang bernama Bob.

“PAS sepatutnya tidak duduk sebaris dengan pembangkang di dalam dewan!” Tiba-tiba Bob menyampuk.

“Kalau saya Speaker dewan, saya letak PAS di tengah-tengah dewan antara barisan pembangkang dan kerajaan sebab PAS tidak berpihak ke mana-mana…” bidas Bob yang dipercayai penyokong Nizar

“Itulah perinsip kami; tidak berpihak ke mana-mana… kalau kami sokong, pembangkang pun tetap kalah!” jawab Ustaz Abu Bakar dengan rasional berdasarkan nisbah kedudukan kerusi dalam DUN Perak iaitu BN (31), DAP (18), PKR (5), PAN (1) dan PAS (4).

Blogger alhusseyn mempertikaikan jawapan Ustaz Bakar itu yang didakwanya berlawanan dengan slogan PAS yang sering dilaungkan, ‘ALLAH TAK TANYA KALAH ATAU MENANG….TAPI TANYA KENAPA KAMU TAK BERJUANG….’

“Ustaz mana boleh terus duduk di atas Siratal-Mustaqim…. Ustaz kena pilih sama ada nak masuk syurga atau neraka!” kata Bob lagi.

‘Pukulan’ bertalu-talu Bob yang dipercayai mewakili suara Nizar terhadap Ustaz Abu Bakar menggambarkan PAN sememangnya tidak berpuas hati dengan sikap PAS Perak yang tidak mahu menyokong calon DAP dilantik sebagai pemilihan Speaker DUN Perak.

Bob (?), Nizar dan blogger alhusseyn

Blogger alhusseyn yang mengiringi Nizar menjadi pemerhati Mesyuarat Kedua Penggal keempat, DUN Perak hari ini menceritakan kejadian perlantikan speaker baharu DUN Perak itu.

Speaker DUN Perak kosong apabila Datuk Seri S K Devamany telah melepaskan jawatannya setelah beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

“Pakatan Harapan Negeri Perak telah menghantar nama Ahli Parlimen Batu Gajah daripada DAP, V Sivakumar sebagai calon Speaker Dewan Undangan Negeri Perak. Manakala pihak BN menamakan bekas Ketua Wanita MIC Perak S Thangeswary.

“Maka Timbalan Speaker pun membacakan notis pengundian Speaker kerana terdapat dua calon.

“Proses pengundian pun berlaku lalu Timbalan Speaker mengumumkan keputusannya bahawa Thangeswary dipilih sebagai speaker baharu setelah memperoleh 30 undi berbanding calon pembangkang V Sivakumar 24 undi.

“Ketika Timbalan Speaker mengumumkan V Sivakumar hanya memperoleh 24 undi, ramai yang agak tertanya-tanya… sebab menyedari pembangkang di Perak ada 28 kerusi… mana lagi yang empat??

“Empat wakil rakyat PAS berkecuali dalam pengundian hari ini,” jelas Timbalan Speaker diikuti dengan tepukan meja bergemuruh oleh pihak BN…

“Jelas sikap dan pendirian Pas memilih untuk berkecuali dalam pengundian tersebut telah mengembirakan BN.Tahniah kepada Pas kerana telah mengembirakan BN!,” sindir blogger pro PAN itu.

Nizar, satu-satunya ADUN tunggal PAN di Perak dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan negeri dan Ketua Pembangkang DUN Perak

DAP Kecewa PAS Tidak Pilih Calon DAP Sebagai Speker DUN Perak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s