Parti Baharu Mahathir Jelmaan Perkasa

ob21 – Impian warga Perkasa untuk menjadikan NGO mereka sebagai sebuah parti politik, nampaknya telah dipintas oleh Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin apabila akan mendaftarkan sebuah parti baru yang akan dinamakan Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebuah nama yang mirip kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Jika sebelum ini ahli majlis tertinggi Perkasa pernah menyuarakan hasrad agar pertubuhan mereka di daftarkan sebagai sebuah parti politik untuk mendepani masalah kecelaruan politik masa kini, tetapi tertangguh mungkin kerana kurangnya sambutan dan menerima tentangan dari ahli-ahli bawahan dan peringkat negeri yang kebanyakkannya adalah ahli UMNO.

Mungkin secara kebetulan atau telah disusun, dimana Tun Mahathir yang pernah menjadi penaung kehormat kepada pertubuhan Perkasa, telah menubuhkan sebuah parti baharu yang namanya mirip kepada pertubuhan Perkasa, dengan tertubuhnya parti baharu ini sudah pasti akan melegakan segelintir ahli Perkasa yang memang mahu terlibat dengan politik dan berhasrad mahu bertanding dalam pilihanraya tanpa berlindung dibawah bayangan UMNO.

Tetapi apa yang berkemungkinan akan berlaku ialah, Parti Pribumi Bersatu ini bakal akan menerima nasib yang sama seperti Perkasa yang mana sahingga kini hanya mampu mengumpul keahlian tidak sampai 1 juta ahli walaupun sudah hampir 8 tahun bergerak secara aktif, malahan populariti NGO ini agak ke depan jika dibandingkan dengan ngo-ngo yang banyak di negara ini.

Jika Perkasa menerima tentangan hebat dari lain-lain kaum di negara ini berikutan pertubuhan Perkasa dikatakan resis kerana dikaitkan dengan hanya memperjuangkan serta sering membangkitkan hal-hal berkaitan bangsa Melayu dan kaum pribumi sahaja, maka Parti Pribumi Bersatu juga bakal menerima nasib yang sama.

Buat masa kini penubuhan parti baru ini agak samar-samar jalan perjuangan mereka jika dibandingkan dengan Perkasa yang jelas memperjuang dan mempertahankan hak bangsa Melayu sepertimana yang telah termaktub didalam perlembagaan, oleh kerana itu sokongan kaum lain terhadap parti baharu Mahathir akan menjadi tanda tanya.

Dari segi logiknya sudah pasti orang bukan Melayu dan bukan Pribumi tidak akan memberi undi mereka kepada parti baharu Mahathir dan tidak mengharapkan parti baharu itu untuk membela nasib mereka, sepertimana Perkasa yang lebih mempertahankan hak Melayu dan Pribumi dan tidak mempedulikan hak kaum lain.

Apa yang nyata Parti Pribumi Bersatu adalah sebuah pertubuhan yang hanya mahu menyampaikan maksud nafsu serakah dan ketidak puasan hati Mahathir terhadap kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak yang tidak mahu tunduk dengan arahan Mahathir didalam hal menguruskan negara.

Mencongak diatas kertas rakyat sudah dapat menjangka bahawa parti baharu Mahathir ini juga akan menerima nasib yang sama dengan beberapa parti politik terdahulu yang telah berkubur kerana kebanyakkanya ditubuhkan atas nama dendam dan nafsu untuk memiliki sesuatu dan bukannya kerana mahu menyelamatkan rakyat dan negara.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s