Muhyiddin Akui Terpaksa Bergantung Kepada Pakatan Harapan

AIDCNews – 10/8/16 – Presiden penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui partinya masih baharu dan terpaksa bergantung kepada parti-parti lama dalam Pakatan Harapan, khususnya DAP dan PKR.

“Kita tidak mampu berjuang bersendirian, hanya sebuah parti politik yang baharu, saya fikir kita perlu menjalin hubungan kerjasama yang agak rapak dengan parti-parti (pembangkang) yang lain,”katanya kepada pemberita.

Sebelum ini, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Johan Abdul Aziz berkata parti baharu itu tiada pilihan lain kecuali bergantung dengan DAP untuk mendapatkan undi bukan Melayu.

“Sudah pasti niat mereka hendak pecah-belahkan kaum Melayu, sebab kita dah ada UMNO dan PAS. Jika niat mereka nak menggulingkan PM dan menukar pucuk pimpinan, mestilah nak mendapatkan undi-undi bukan Melayu.

“Bermakna parti Mahathir dan Muhyiddin ini hendak bergabung dengan DAP kah? Ini persoalannya. Nampak jelas mereka hendak bergabung dengan DAP.

“Pada saya mereka yang menghina DAP suatu ketika dahulu, hari ini jilat semula (ludah). Maka sesiapa yang hendak menyertai, kena fikir panjang sebab banyak cakap-cakapnya tidak serupa bikin,” katanya ketika dihubungi Antarapos.

One thought on “Muhyiddin Akui Terpaksa Bergantung Kepada Pakatan Harapan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s