PAS, PKR & DAP Terpaksa Korbankan Kerusi Untuk Beri Laluan 3 Parti Baharu

AIDCNews – 10/8/16 – PAS, PKR dan DAP perlu bertolak ansur dan mengorbankan kerusi masing-masing untuk memberi laluan kepada tiga parti baharu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata bekas Naib Presiden PKR, Mustafa Kamil Ayub.

Tiga parti baharu yang dimaksudkan ituadalah Parti Amanah Negara (PAN), Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

“Kalau PAS, DAP, PKR boleh beri laluan, jumlah 60-70 kerusi untuk diberi kepada parti baharu seperti Amanah, IKATAN, BERSATU.

“Saya yakin dengan desakan daripada rakyat yang mahukan adanya muafakat baharu dalam pembangkang, saya agak itu boleh dilakukan,” ujar Mustafa ketika ditemubual secara eksklusif bersama Antarapos.

Mustafa mengambil contoh kes Barisan Alternatif (BA) pada PRU 1999, di mana, dua anggota parti lama gabungan itu DAP dan PAS telah memberi laluan kepada Parti Keadilan yang baharu sahaja ditubuhkan ketika itu.

“Waktu PRU 1999, DAP ada tak kerusi? Ada, begitu juga PAS. PKR ‘new player’ tapi kita boleh olah pada waktu itu.

“Sama juga kita dengan keadaan sekarang ni pun, terutama setelah tamparan hebat PRN Sarawak, dua PRK. Jadi sebagai pemimpin takkan tak bersedia untuk duduk (berbincang),” katanya lagi.

Kecuali Parti IKATAN yang merupakan rakan seperjuangan PAS dalam blok ketiga, dua parti baharu lain, iaitu PAN dan BERSATU lebih berpihak kepada blok pembangkang, Pakatan Harapan yang diterajui DAP dan PKR.

Kedua-dua parti baharu itu, PAN dan BERSATU, meletakkan target sasaran yang hampir sama iaitu kawasan majoriti pengundi Melayu-Islam dan Bumiputera.

Di antara ketiga-tiga parti pembangkang itu, PAS dilihat perlu lebih banyak berkorban kerusi kerana target sasaran kerusi hampir sama dengan PAN dan BERSATU.

DAP paling selamat kerana parti itu kebiasaannya akan menumpukan kerusi di kawasan majoriti pengundi bukan Melayu khususnya Cina, manakala PKR pula menumpukan kerusi di kawasan campuran.

One thought on “PAS, PKR & DAP Terpaksa Korbankan Kerusi Untuk Beri Laluan 3 Parti Baharu

  1. Inilah formula pembangkang yg hanya mengharapkan perpecahan undi Melayu. Hakikatnya yg menang tetap DAP kerana undi kaum cina dan india jd penentu.

    BN kali ini kena lebih fokus dgn calon yg lebih baik. Beri laluan org muda supaya parti kekal relevan. Saya agak parti Bersatu akan guna formula org muda yg kerana merekalah yg menentukan masa depan anak Tun M yg disebut calon perdana menteri masa depan.

    Sudah tiba giliran barisan Naib presiden dan Ketua pemuda UMNO kerja lebih keras menawan hati pengundi baru jika mahu kekal relevan.

    PAS hanya ada dua pilihan, terus beristiqomah atau jadi macai DAP dan Bersatu kerana jelas perjuangan mereka ditolak kebangkitan pro liberal. Ini penting kerana kekuatan Pas terletak pd perjuangan islamnya. Tanpa perjuang asal PAS akan kembali ke zaman gelap.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s