Pejabat Tokoh Penaja DAP Di Taiwan Diserbu Pihak Berkuasa ?

pua dapAIDCNews – 10/8/16 –Pejabat Phison Electronics Corp di Taiwan milik Datuk Pua Khein Seng sedang disiasat oleh pihak berkuasa di sana berkaitan dengan penyelewengan kewangan, lapor Lim Sian See.

Lim Sian See yang memetik beberapa sumber berita melaporkan Khein Seng yang dikenali sebagai “Bapa pen drive” telah membantu kempen DAP pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

“Pada satu masa, dia (Khein Seng) juga didakwa menjadi penaja kepada RBA (Red Bean Army) tetapi Khein Seng segera menafikan dakwaan itu.

“Tetapi sekarang ini, dia sudah dalam kesusahan. Dilaporkan bahawa Kerajaan Taiwan menyerbu syarikatnya berkaitan penyelewengan dan bayaran tidak sesuai dengan tuntutan,”lapornya.

Memetik sumber media tempatan Taiwan, Pejabat Phison Electronics Corp telah disiasat pegawai berkuasa pada Sabtu dan menemu bual beberapa orang kakitangan berhubung tuduhan penipuan dan penyelewengan yang melibatkan Pengerusi syarikat itu, Khein-seng

“Pendakwa percaya suspek mungkin telah menggelapkan dana melalui transaksi perniagaan penipuan antara Phison dan anak-anak syarikatnya di antara tahun 2009-2014, yang membawa kepada kesilapan dalam penyata kewangan syarikat-syarikat sepanjang tempoh tersebut, ” laporan media dipetik.

Tiga tahun lepas, Utusan Malaysia melaporkan sebuah syarikat elektronik terbesar di Taiwan yang dimiliki seorang rakyat Malaysia sedang disiasat pihak berkuasa negara ini kerana dikenal pasti mempunyai hubungan dengan kegiatan tentera siber Red Bean Army.

Syarikat elektronik itu juga dipercayai mempunyai hubungan yang ‘agak rapat’ dengan kerajaan DAP Pulau Pinang kerana mempunyai cawangan kilang syarikat tersebut di negeri itu sejak beberapa tahun lalu.

Menurut sumber, siasatan pihak berkuasa akan turut menjurus kepada latar belakang Red Bean Army yang dipercayai menerima dana yang disalurkan oleh syarikat elektronik tersebut.

“Kita percaya pengasas syarikat tersebut terlibat secara langsung menyalurkan dana dan bantuan kewangan kepada kumpulan tersebut. Malah gambarnya bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pernah tersebar di portal propembangkang, Malaysiakini baru-baru ini.

“Gambar tersebut memperlihatkan individu yang dikaitkan dengan syarikat elektronik itu bersama Guan Eng di atas pentas memberi ceramah ketika kempen pilihan raya umum yang lalu,” kata sumber itu lagi.

Menurut sumber, pemilik syarikat itu merupakan graduan di sebuah universiti di Taiwan mempunyai pengalaman bekerja di syarikat elektronik terbesar di negara itu sebelum memutuskan untuk membuka cawangan di Malaysia.

“Dia membuka cawangan syarikat tersebut di Pulau Pinang selepas mendapat bantuan dan kelulusan kerajaan di bawah Barisan Nasional (BN) kira-kira tiga tahun lalu tetapi akhirnya menyokong pergerakan Red Bean Army yang dipercayai diatur oleh pihak pembangkang,” tambah sumber itu.

2 thoughts on “Pejabat Tokoh Penaja DAP Di Taiwan Diserbu Pihak Berkuasa ?

  1. ini semua salah BN/UMNO…..kata DAPigs…maka percaya la sepenuhnya para rakyat Pulau Pinang….yang BN/UMNO telah berkonspirasi dan menzalimi Parti DAPigs yg maksum dari dosa itu….

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s