Pemuda DAP Tolak Kerjasama Dengan Parti Muhyiddin

AIDCNews – 10/8/16 – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) hari ini menolak kerjasama dengan parti politik baharu yang berlandaskan kaum, parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), dengan berkata ia tidak berbeza daripada UMNO.

Jurucakap DAPSY, Chiong Yoke Kong berkata parti politik yang mengamalkan diskriminasi kaum tidak akan menyelamatkan Malaysia sebaliknya akan terus membiakkan amalan rasis di negara ini.

“Usaha untuk menjadikan ahli bukan Melayu sebagai ahli bersekutu (sekunder) serta melarang ahli-ahli tersebut daripada mengundi serta menyertai pemilihan parti adalah salah satu bentuk politik perkauman.

“Sesebuah parti politik yang membezakan ahli mengikut kaum dan warna kulit jelas merupakan diskriminasi kaum,” katanya menerusi satu kenyataan.

Semalam, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan pendaftaran parti baharu yang dikenali dengan nama singkatan “Bersatu” itu kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Beliau berkata, Bersatu terbuka kepada semua warga negara Malaysia Melayu dan Bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak.

Yoke, pengarah pendidikan politik DAPSY, berkata dasar kaum Bersatu itu merupakan percaturan politik silam yang tidak harus diguna pakai lagi.

“Langkah sedemikian bukan sahaja tidak akan disokong oleh pengundi bandar yang progresif, malah pengundi luar bandar turut tidak dapat membezakan antara UMNO dengan Bersatu.

“Dan sudah pasti mereka tidak akan mengundi parti sebegini yang hanya ditubuhkan untuk menumpaskan rejim Najib” tegasnya.

Sementara itu, Ketua PKR Putrajaya Onn Abu Bakar pula masih ragu dengan parti baharu-Bersatu-dalam memperjuangkan agenda reformasi.

Onn mempersoalkan sama ada parti tersebut dapat memenuhi kehendak rakyat pelbagai kaum yang menginginkan perubahan menyeluruh terhadap sistem negara, bukan sekadar menjatuhkan kerajaan sekarang.

“Sesebuah parti mampu bertahan kerana idealisme dan daya juang yang tinggi. Parti berasaskan kaum tidak serasi dengan masa kini,” katanya kepada FMT.

Minggu lalu, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berkata partinya akan menyokong mana-mana parti yang membawa agenda reformasi.

“Yang penting ialah keberanian untuk melaksanakan program reformasi,” kata Azmin.

Onn berkata masih ada ahli PKR yang menyimpan kemarahan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamed dan ini boleh menimbulkan masalah dalam kerjasama kedua-dua parti pada masa akan datang.

“Ramai ahli yang masih menunggu untuk melihat sejauh mana kemampuan parti baharu ini. Tidak dinafikan ada yang masih marah dengan Mahathir, luka sudah hilang tetapi parut masih ada,” katanya.

Bekas setiausaha PKR Kemaman, Wan Anies Adnan berkata parti baharu itu harus membuktikan kesungguhan dalam melakukan perubahan seperti membanteras rasuah, pemisahan kuasa dan kebebasan media.

“Jika semua ini boleh dijelaskan dengan baik, kami ahli akar umbi PKR tiada masalah untuk bekerjasama dengan mereka,” katanya sambil menegaskan Bersatu harus menjadi rakan setara dengan parti pembangkang, bukannya menjadi “abang besar” kepada mereka.

Advertisements

6 thoughts on “Pemuda DAP Tolak Kerjasama Dengan Parti Muhyiddin

  1. Orang-orang Arab berentap sesama sendiri dalam peperangan yang meragut banyak nyawa. Di negara tercinta ini orang-orang Melayu berpecah belah dengan fahaman politik.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s