Persamaan Logo Parti BERSATU, Klinik Nexus Anggap Satu Jenaka

logoMy Nation News – Klinik yang menawarkan rawatan astetik dan kecantikan tanpa pembedahan beribupejabat di Kuala Lumpur, Nexus Clinic menganggap perbandingan yang dibuat pengguna laman sosial akan logo mereka dengan yang digunakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebagai satu jenaka.

Sejak petang semalam, logo digunakan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diperkatakan pengguna laman sosial berikutan dikatakan mirip logo perniagaan digunakan Nexus Clinic.

Klinik yang terletak di ibu negara dan sering menjadi tumpuan golongan selebriti tempatan bagi mendapatkan rawatan astetik dan kecantikan tanpa pembedahan.

Ketika ditanya mengenai status logo milik Nexus Clinic itu, jurucakapnya memberitahu pihaknya tidak ada apa-apa kaitan dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu mahupun mana-mana parti politik di negara ini.

“Berkenaan dengan logo yang diumumkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Nexus Clinic ingin menjelaskan kami tidak mempunyai sebarang hubungan dengan mereka atau mana-mana parti politik di negara ini kerana kami adalah sebuah organisasi persendirian.

“Kami ingin mengesahkan, kami telah melalui kesemua protokol dan menerima kelulusan berkaitan dengan pemilikan intelek bagi logo kami.

“Pada Julai 2016, jenama kami telah secara rasmi didaftar dan dilesenkan,” kata jurucakap itu ketika ditanya melalui sistem pesanan Facebook di akaun milik syarikat itu di capaian https://www.facebook.com/NexusClinic/home sebentar tadi.

Menurut jurucakap itu lagi, fokus utama Nexus Clinic akan kekal diberikan kepada pelanggan, dalam meastikan mereka menerima rawatan terbaik daripada doktor mereka.

“Kami tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap mereka (Bersatu) kerana kami tidak melihat sebarang persamaan dengan logo kami.

“Malah, kami percaya ia dibuat atas dasar jenaka dan kami anggapnya sebagai satu lawak. Kita tak perlu berbicara tentang subjek ini lagi dan berharap politik di Malaysia akan terus menumpukan kepada usaha memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat,” katanya.

Advertisements

One thought on “Persamaan Logo Parti BERSATU, Klinik Nexus Anggap Satu Jenaka

  1. Apa beza PPBM dan PAN? Tiada beza.. Dua2 penyembah DAP. Lebih parah PPBM mengangkat ideologi kapitalis yg diperjuangkan oleh Mahathir dan kroninya yg dikatakan memegang kepentingan ekonomi negara am nya. Umno secara lebih khusus. Ramai ahli Umno memahami matlamat Tun M sbb itu dia gagal tarik perhatian ahli.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s