Bukan Mudah Pakatan Harapan Mahu Tundukkan ‘Hulubalang’ Parti Mahathir

AIDCNews – 11/8/16 – Bukan satu kerja mudah pimpinan Pakatan Harapan (PH) mahu menundukkan ‘hulubalang’ parti baharu Tun Dr Mahathir Mohamed, kata penganalisis politik Prof Madya Dr Azmi Hassan.

Beliau menjangkakan PH akan menghadapi jalan yang agak sukar berhadapan dengan pimpinan parti Mahathir berbanding dengan parti baharu PAN (Parti Amanah Negara).

“Kalau PAN (Amanah) saya tengok mudah sedikit kerana PAN (Amanah) terpaksa menerima apa yang PKR dan DAP kata sebab mereka parti baharu (dalam PH).

“Tapi parti baharu Tun M ini dikatakan mempunyai hulubalang-hulubalang yang hebat. Jadi orang-orang kuat yang menerajui parti baharu itu sudah pasti mempunyai sokongan yang kuat,” katanya kepada Antarapos.

Justeru katanya lagi, adalah tidak mudah untuk PH mempengaruhi pemimpin parti Mahathir untuk sama-sama bersetuju dalam apa jua keputusan yang akan diambil.

“Jadi walaupun bekerjasama dengan DAP, PKR, akan berlaku pertembungan. Ia berbeza dengan kerjasama antara DAP, PKR, PAN, kerana PAN akan membuat apa sahaja untuk menarik perhatian DAP, PKR.

“Tapi berbeza dengan parti Tun M yang baru ini kerana mereka dikatakan ikon-ikon politik maka sukar untuk parti baharu terima apa saja PKR, DAP kata,” ujar beliau.

Parti baharu yang dinamakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ditunjangi oleh tiga ikon pemimpin iaitu Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi; Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Presiden.

Ketiga-tiga tokoh itu merupakan hulubalang gagah perkasa yang telah berjaya menjatuhkan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Sementara itu, Prof. Madya Dr Nidzam Sulaiman dari Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berpendapat kewujudan parti baharu Mahathir itu akan memberi saingan baharu dalam Pakatan Harapan.

“Mereka (Bersatu) akan berebut undi yang berasingan daripada Umno BN, maksudnya penyokong Umno BN akan tetap sokong BN. Yang tidak sokong BN akan direbut, samada parti (Tan Sri) Muhyiddin ataupun Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, PKR dan Amanah.

“Jadi mereka berebut (sokongan) daripada orang yang anti Umno-BN. Ini akan pecah undi pembangkang,” katanya.

Justeru katanya, sekiranya keadaan ini berlaku adalah tidak mustahil pembangkang berdepan dengan masalah penyusutan pengundi sekaligus memberi kelebihan kepada Umno-BN untuk terus mengukuhkan kedudukan.

“Sebab dia (BERSATU) akan cuba berebut pengundi-pengundi yang sama iaitu mereka yang tidak menyebelahi Umno BN, bila mereka (pembangkang) berebut sokongan yang sama jadi memang akan timbul masalah kepada pembangkang,”katanya lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s