Parti Muhyiddin Boleh Pecah Belahkan Pembangkang- Penganalisis

AIDCNews – 11/8/16 – Parti baharu Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dapat membantu mengukuhkan Pakatan Harapan (PH) untuk menjatuhkan Barisan Nasional, sebaliknya ia ada potensi untuk memecah belahkan pembangkang, kata penganalisis politik.

Prof Madya Andrew Aeria dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berkata, pembentukan parti berasaskan Bumiputera adalah satu bentuk perkauman yang tidak sejajar dengan kempen bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed untuk menyelamatkan Malaysia.

“Ia tidak sejajar dengan janji pembaharuan dalam kempen ‘Selamatkan Malaysia’. Bagaimana anda hendak selamatkan Malaysia jika ia menjadi lebih retak dengan parti politik lain?” katanya kepada FMT hari ini.

Struktur parti baharu yang diberikan kepada media itu, membariskan; Tun Dr Mahathir Mohamad (Pengerusi), Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden), Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Timbalan Presiden), Kamarul Azman Habibur Rahman (Setiausaha Agung), Ainina Saaduddin (Bendahari) serta dua orang Ahli Jawatankuasa; Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi.

Mengulas pucuk pimpinan Bersatu itu, Aeria tergelak dan menyifatkannya “ringan” sambil menambah ia tidak akan mampu berjuang dengan baik seperti parti Semangat 46.

Beliau berkata, Bersatu tidak boleh dibandingkan dengan Semangat 46, bagaimanapun ia akan berkongsi nasib sama dengan Semangat 46 dengan menjadi tidak relevan sebelum terkubur.

Katanya, pemimpin Bersatu sepatutnya menyertai salah satu daripada tiga parti PH untuk memperkukuhkan pembangkang dan bukannya menubuhkan parti baharu.

Aeria turut ragu-ragu bagaimana Bersatu boleh membantu PH yang sudah hilang hala tuju ketika ini.

“DAP tidak boleh melangkaui kepentingannya sendiri, sementara pemimpin PKR benar-benar perlu berkompromi. Terlalu banyak perbalahan dalaman,” katanya.

Aeria berkata, jika Bersatu hendak bekerjasama dengan PH, akan berlaku perebutan dan pergaduhan berhubung pembahagian kerusi pada pilihan raya nanti.

Katanya, jika rundingan peruntukan kerusi gagal mencapai kata sepakat, pengundi atau penyokong PH mungkin tidak akan keluar mengundi.

Sehubungan itu, beliau berkata, rakan sekutu dalam PH perlu menentukan hala tuju mereka sekarang.

“Pengundi tidak bodoh. Mereka boleh nampak kurangnya kejelasan serta arah tuju dan ini akan merugikan mereka,” katanya.

3 thoughts on “Parti Muhyiddin Boleh Pecah Belahkan Pembangkang- Penganalisis

  1. Memang akan berpecah sbb tubuh parti baru pun nk kn jawatan…klu nk bersama2 pembangkang,tentu dh join slh satu parti2 pembangkang yg sediada….nk jd ahli biasa…?…bohong sgt lerrr…sbb tubuh parti bru….

    Like

  2. Dlm masyarakat Melayu hanya ada 2 parti pilihan – nasionalis atau islamik. Ini berkaitan asas pegangan org Melayu. Parti seperti Amanah, Bersatu, Ikatan sebenarnya tak ada halatuju dan sokongan. Semua bergantung pada kepimpinan dlm pembangkang. Mereka pertaruhkan karakter, Anwar, Kit Siang. Undi popular buktikan formula mereka berjaya.

    Masalahnya hari ini Anwar dah ke dalam. Kekuatan pengganti Anwar – Tun M pula suam2 kuku. TSMY langsung takda pengaruh dlm Umno, mmg PRU14 BN dpt laluan lebih mudah sementara pembangkang sdg bina imej Mukhriz, Nurul Izzah, Rafizi, mungkin Nik Abduh..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s