Dituduh Ahli UMNO Justifikasi Kukuh Untuk Tutup Hotel Di Pulau Pinang

permit
Kenapa rakyat Pulau Pinang terus menerus didiskriminasikan hanya kerana mereka ini menjadi ahli UMNO walaupun tiada jawatan tinggi di peringkat cawangan, bahagian mahupun negeri. Itulah kekejaman pemerintahan ‘kuku besi’ yang diamalkan oleh pemimpin DAP Pulau Pinang.

Pemuda UMNO Pulau Pinang telah dimaklumkan bahawa Ahli Parlimen Jelutong, YB Jeff Ooi telah memaklumkan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang bahawa pemilik Bumiputera sebuah hotel yang beroperasi secara haram dan dimiliki oleh tokoh politik UMNO.

Kami difahamkan bahawa ini adalah satu pembohongan dan tindakan terburu buru tanpa menyiasat fakta. Kami telah dihidangkan dengan permit sementara yang sah dan masih berkuatkuasa oleh MBPP, ini bermaksud bahawa tuduhan mereka beroperasi secara haram adalah palsu dan berniat jahat menganiaya Kaum Bumiputera yang menjalankan perniagaan secara sah di negeri ini.

Saya juga ingin mengingatkan semua bahawa Kerajaan Pusat sama sekali tidak pernah menganiaya dan mendiskriminasikan sesiapa pun BERDASARKAN KEPARTIAN INDIVIDU TERSEBUT.

Ini merupakan perbezaan yang paling ketara diantara corak kepimpinan pemimpin Barisan Nasional berbanding dengan pemimpin DAP.

Rakyat Pulau Pinang khususnya harus sedar bahawa ini adalah cara pemerintahan pemimpin DAP yang terus menerus menganiaya rakyat Pulau Pinang berdasarkan pegangan politik mereka. Sedar lah Rakyat Pulau Pinang!!!

Ayuh kita guna kuasa rakyat pada PRU 14 nanti untuk menolak diskriminasi politik berdasarkan kepartian ini.

Rafizal Abd Rahim
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Pulau Pinang

jeff ooi

permit1
permit2

One thought on “Dituduh Ahli UMNO Justifikasi Kukuh Untuk Tutup Hotel Di Pulau Pinang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s