Isu Paya Indah Wetlands : CheguBard Lapor SPRM Rabu Depan

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin dijangka akan hadir ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu depan bagi menyerahkan beberapa dokumen berkaitan penukaran status tanah di Lot 68054 Paya Indah Wetlands, Selangor.

samm-chegubardMenurut Badrul Hisham atau Chegu Bard, setakat ini pihaknya sedang di peringkat akhir menyediakan beberapa dokumen berkaitan dan akan memutuskan SPRM mana pihaknya akan berurusan kemudian.

“Malam ini semua pasukan termasuk peguam korporat akan muktamadkan semua dokumen dan bersedia dan Rabu ini kita akan ke SPRM untuk buat laporan.

“Kita akan juga dedahkan kepada semua siapa proksi dalam pemaju itu, sementara itu kalau ahli majlis ke Ahli Dewan Undangn Negeri (ADUN) ke nak buat sidang media atau apa saja silakan.

“Ingat musuh kita ialah sistem yang memihak kepada kapitalis dan politisi yang ditunggang pemodal besar,” katanya pada Jumaat.

Sebelum ini, Badrul Hisham mendedahkan pembongkaran isu skandal tanah di kawasan Paya Indah Wetland turut mengaitkan lobi korporat besar.

Beliau mendakwa ia mempunyai kaitan dengan sebuah syarikat yang tersenarai dalam papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

“Malah laporan (mengenainya) selama ini panjang lebar telah dikecilkan. Soalnya sekarang mereka saling melindungi dan budaya ini akan berterusan kerana itu saya sebut dengan jelas kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, baik-baik mendedak jangan sampai tersedak,” katanya.

Pada 6 Ogos lalu berikutan tindakan berdiam diri Azmin berhubung isu penukaran status tanah di Paya Indah Wetlands, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar akan membawa perkara itu untuk semakan kehakiman bagi menghalang penukaran status tanah berkenaan.

Menurut Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, tanah bagi Lot 68054 yang telah dibuktikan melalui semakan Catatan Carian Persendirian bahawa tanah itu telah ditukar daripada kawasan pertanian kepada perbangunan adalah demi menjaga masa depan kerajaan Selangor.

“Saya akan dapatkan maklumat yang lengkap dari segi undang-undang dan carian status tanah itu dan dapatkan pengesahan status tanah tersebut.

“Kalau benar ditukar kepada pembangunan maka kita akan mohon semakan kehakiman dan ambil tindakan undang-undang dan bincang dengan peguam dan akan memohon semakan di mahkamah supaya menolak kelulusan Kerajaan Negeri Selangor,” kata Noh – BNBBC.my

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s