PAS Kekal Keputusan Mahu Saman Sarawak Report

AIDCNews – 12/8/16 – PAS tetap akan meneruskan hasrat mengemukakan saman terhadap Sarawak Report yang didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap parti berkenaan.

Penegasan itu dibuat oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob malam tadi.

“Mengikut keputusan yang dibuat oleh Timbalan Presiden PAS, akan buat samanlah. Biasalah, saya pun pernah saman Watan sebab buat liputan tak betul. PAS akan saman,” katanya.

Sarawak Report minggu lalu, menerbitkan artikel yang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merayu PAS agar menjauhi gabungan pembangkang dengan sebanyak RM90 juta dialirkan kepada pemimpin tertinggi parti itu dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Sarawak Report yang berpengkalan di London dikendalikan oleh Claire Rewcastle-Brown, yang didakwa Perdana Menteri adalah sebahagian daripada konspirator untuk menggulingkan beliau daripada kuasa.

Susulan itu PAS mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap laman web Sarawak Report kerana dakwaan berkenaan.

Tuan Ibrahim pula berkata, PAS menegaskan berita tersebut adalah palsu dan berniat jahat, selain agenda untuk terus mengaitkannya dengan UMNO.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s