Surat Jeff Ooi Bukti Jelas Campur Tangan Politik Dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri

AIDCNews – 12/8/16 – Surat yang ditulis oleh Ahli parlimen DAP Jelutong, YB Jeff Ooi kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) merupakan bukti jelas campur tangan politik dalam pentadbiran kerajaan negeri itu kata Azizi Safar, Setiausaha Eksekutif Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang.

“Surat ini adalah bukti jelas campurtangan Ahli Parlimen DAP Jelutong Jeff Ooi dalam urusan dan pentadbiran Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

“Ahi Parlimen DAP Jelutong tidak menghormati kuasa-kuasa Majlis Kerajaan Tempatan apabila menulis surat mengarahkan Datuk Bandar menangguhkan keputusan OSC (Pusat Khidmat Setempat) yang di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab MBPP.

“OSC tidak perlu mendapat “perkenan” mana-mana Ahli Parlimen sebelum membuat keputusan mereka,”katanya dalam Facebook.

Dalam surat itu, Jeff Ooi menuduh pemilik hotel Maritim Waterfront adalah ‘tokoh-tokoh politik UMNO’ sebagai justifikasi kukuh untuk menutup hotel tersebut.

“Bukan setakat itu, malah Jeff Ooi telah mengugut untuk membuat laporan SPRM sekiranya arahan beliau kepada MBPP tidak diendahkan oleh Datuk Bandar.

“Permit Sementara dikeluarkan oleh MBPP kepada operator Maritim Waterfront hotel bagi tempoh Nov 2014 sehingga Okt 2016.

“Tiada isu hotel beroperasi secara haram sebagiamana yang didakwa Jeff Ooi,”kata Azizi lagi.

Semalam, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abd Rahim mengecam Jeff Ooi yang membuat tuduhan melulu dengan mendakwa hotel itu beroperasi secara haram sedangkan permit sementara untuk beroperasi telah diluluskan oleh pihak MBPP sendiri.

“Kami telah dihidangkan dengan permit sementara yang sah dan masih berkuatkuasa oleh MBPP, ini bermaksud bahawa tuduhan mereka beroperasi secara haram adalah palsu dan berniat jahat menganiaya Kaum Bumiputera yang menjalankan perniagaan secara sah di negeri ini,”katanya.

Selanjutnya, sila baca Dituduh Ahli UMNO Justifikasi Kukuh Untuk Tutup Hotel Di Pulau Pinang

Dihubungi Roketkini, Jeff Ooi enggan mengulas mengenai perkara itu kerana menurutnya hal tersebut kini sedang berhadapan kes saman di mahkamah.

“Kes ini telah masuk makamah. Sub judis dan menghina mahkamah kalau saya komen,” katanya ringkas.

Advertisements

One thought on “Surat Jeff Ooi Bukti Jelas Campur Tangan Politik Dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s