Tolak Kerjasama Dengan Parti Mahathir Bukan Pendirian DAP, Kata PAN

anuarAIDCNews – 12/8/16 – Walaupun Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) berkempen menolak kerjasama dengan Parti Tun Dr Mahathir, namun ia bukan pandangan rasmi parti itu, kata Setiausaha Agung PAN Anuar Tahir.

Anuar berkata DAPSY hanya meluahkan rasa tidak senang, tetapi keputusan untuk mengadakan kerjasama atau tidak bukan bergantung kepada sayap pemuda DAP itu.

“Pemuda DAP jika mereka menyatakan tidak senang itu kenyataan pemuda sahaja bukannya pendirian parti mereka lagi.

“Jadi masing-masing berhak untuk mengeluarkan sebarang pendapat,” katanya ketika dihubungi Antarapos.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Tertinggi (CEC) DAP, Gobind Singh Deo mengesahkankan partinya akan mengadakan mesyuarat dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada Selasa depan untuk membincangkan secara terperinci berkenaan persoalan kerjasama itu.

“DAP Pusat akan mengadakan mesyuarat pada 16 Ogos (Selasa) untuk membincangkan hal ini. Sebelum dari itu kita akan mengambil pandangan dari semua pihak dan akan umumkan keputusan apabila bermesyuarat kelak,” katanya.

Pemuda DAP Tolak Kerjasama Dengan Parti Muhyiddin

One thought on “Tolak Kerjasama Dengan Parti Mahathir Bukan Pendirian DAP, Kata PAN

  1. Apa nak jadi dgn pemuda DAP ni. Apa pilihan yg Ada pd DAP? Ini shj peluang mereka tarik undi org melayu setelah tolak secara total perjuangan berasaskan agama Islam PAS. Nak harapkan PAN shj memang sukar.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s