Guan Eng Bakal Dihadapkan Ke Mahkamah Isu Salah Guna Kuasa Projek Terowong Dasar Laut ?

AIDCNews – 13/8/16 – Selain menghadapi dua pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dijangka akan dihadapkan ke mahkamah di atas beberapa pertuduhan salah guna kuasa untuk projek yang lain.

Perkara itu didedahkan oleh DAP Insider dalam artikel terbaharu bertajuk “Exposed! Penang Tunnel cost secretly shifted to three paired roads” semalam.

“Kami dengar dari sumber-sumber dalaman bahawa akan ada lebih banyak caj lagi ke atas Lim Guan Eng berkaitan dengan rundingan harta rendang yang berkait dengannya,”dedahnya.

Sejajar dengan pendedahan itu, DAP Insider turut mendedahkan beberapa maklumat tambahan berkaitan projek kontroversi Terowong Dasar Laut Pulau Pinang yang dianggarkan bernilai RM6.34 bilion.

“Selepas disoal berulang kali berkaitan dengan kos RM305 juta untuk laporan dan model projek yang kerajaan negeri bayar kos sepenuhnya bernilai RM6.3 juta kepada pemaju tetapi dalam masa sama masih menanugerahkan konsesi tol 30 tahun kepada syarikat swasta untuk membuat lebih banyak wang, Lim Guan Eng secara tiba-tiba telah menggugurkan idea untuk membina terowong dasar laut dan sekarang mahu membina sebuah jambatan yang kononnya lebih murah.

“Walau bagaimanapun, apa yang orang ramai tidak dapat melihat adalah kos dalaman untuk projek itu. Projek terowong dasar laut ini tidak lagi bernilai RM3.7 bilion tetapi kini dianggarkan bernilai RM2.8 bilion.”

Dedahnya, berdasarkan dokumen kos dalaman daripada Consortium Zenith BUCG-kanak (CZBUC), menunjukkan projek itu kini telah beralih keutamaannya dari terowong dasar laut kepada tiga jalan yang dipautkan sepanjang 20.3 km.

“Peralihan mencurigakan daripada kos terowong dasar laut kepada tiga jalan memberikan gambaran kepada kita bahawa Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang tidak serius untuk membina terowong dasar laut tetapi hanya mahu memastikan wang negeri dibelanjakan dengan seberapa segera yang boleh.

“Kami mencabar Lim Guan Eng dan kerajaan Pulau Pinang untuk mendedahkan kos terperinci dan individu berkaitan dengan tiga jalan dan terowong itu.”

Advertisements

2 thoughts on “Guan Eng Bakal Dihadapkan Ke Mahkamah Isu Salah Guna Kuasa Projek Terowong Dasar Laut ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s