Huan Tidak Gentar Dengan Saman Zenith Berkaitan Terowong Dasar Laut

AIDCNews – 13/8/16 –Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan tidak gentar dengan saman fitnah yang difailkan terhadapnya oleh Consortium Zenith BUCG-(CZBUCG).

Menyifatkan tindakan undang-undang bertujuan untuk menutup mulut dari menyuarakan salah laku di Pulau Pinang, Huan berikrar untuk mencabar saman itu sehingga proses akhir undang-undang.

“Saya akan berjuang saman itu hingga ke akhirnya untuk menegakkan hak-hak perlembagaan, bersuara rakyat berkenaan isu-isu kepentingan awam.

“CZBUCG mahu menutup mulut saya daripada bercakap tentang mereka dan projek terowong dasar laut Pulau Pinang melalui injunksi mahkamah.

“Bagaimana mereka boleh untuk menutup mulut saya daripada mengulas apa-apa pun atau bertanya soalan mengenai projek yang dibiayai berbilion-bilion dalam tanah kerajaan milik kerajaan Pulau Pinang?

“Sangat lucu sekali. Ini bukan tanah bapa kamu, “kata Huan dalam kenyataan

Huan telah dihantar pernyataan tuntutan oleh peguam Zenith pada Selasa di mana Zenith juga telah memohon injunksi untuk menghalang beliau daripada membuat sebarang komen mengenai projek itu.

Beliau berkata dengan kes saman itu membuktikan kerajaan Pulau Pinang tidak mengotakan janji mereka untuk memberi kebebasan bersuara dan bercakap.

Tambahnya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah memberikan jawapan yang betul kepada pelbagai soalan yang dibangkitkan oleh banyak pihak mengenai projek terowong dasar laut yang berprestij itu.

“Kerajaan Pulau Pinang sentiasa menyokong kebebasan bersuara. Dengan saman ini, jelas tiada (kebebasan bersuara).

“Keadaan lebih teruk apabila tiada jawapan sewajarnya diberikan kerajaan Pulau Pinang mengenai terowong dasar laut.

“Malah, debat antara exco kerajaan negeri, Lim Hock Seng dan Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Liang Teck Meng juga tidak berhasil. Semua jawapan diberikan pegawai kerajaan Pulau Pinang setakat ini bercanggah antara satu sama lain,”katanya.

Sementara itu, Huan turut mempersoalkan status siasatan dokumen berkaitan terowong dasar laut yang diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, beberapa bulan lalu.

“Semua sudah diserahkan kepada mereka dan saya harap Ketua SPRM Pulau Pinang yang baharu boleh menjalankan siasatan segera,” katanya.

Advertisements

2 thoughts on “Huan Tidak Gentar Dengan Saman Zenith Berkaitan Terowong Dasar Laut

  1. Mungkin SPRM yg patut disiasat dlu….kes Pemilihan DAP yg lepas tu senyap….bila DAP nk bwa ke mahkamah, SPRM bisu…jd…siasat SPRM dlu…layak atsu tidak jalankn tugas…klu takut, tukar…UMNO n MIC dh dikrnakn tindakan walaupun telah dipilih mrnjadi kersjaan….bertindak laa

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s